Jangan Punahkan Harapan Yang Telah Kami Letakkan Pada Anda

My personal point of view untuk Johor dalam GE14. Personal view only.

Untuk saya, kejatuhan BN Johor adalah untuk menjatuhkan DS Najib dan Persekutuan. In Johor, I’ve met few BN politicians personally, many of them are very good. I can name them.

But utk jatuhkan DS Najib, people of Johor has to sacrificed everything, even given their votes to the newly appointed goverment.

Orang Johor sayang UMNO, tak percaya masuk ke kampung2. Sungul wajah orang2 tua, malahan ada juga yang muda yang saya tahu macam tu. Orang kata, ‘Berduka dalam bergembira’.

Jadi new Goverment haruslah kotakan janji. Besar pengorbanan ni. Dan saya sure jika suatu hari nanti BN berjaya bersihkan hal dalaman parti dari anasir2 yang bukan2, dan PH tak perform, kemungkinan untuk BN bangkit adalah besar.

But that’s the beautiful of it. Kuasa sepenuhnya di tangan rakyat. Johoreans prove it this time and they will continue to do so in the future. So be careful. Untuk UMNO jatuh di Johor, memang tak masuk akal. But this is it. Nothing impossible.

For me.

Well done PH. New era has began- Hasnul Hafifi

Sultan Johor berharap kerajaan baharu dibentuk hari ini juga
Bentuk kerajaan baharu hari ini juga! - Sultan Johor

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap kerajaan baharu dapat segera dibentuk hari ini.

Dalam entri di laman sosial, Sultan Ibrahim bertitah pembentukan kerajaan baharu secepat mungkin adalah lambang prinsip demokrasi yang diamalkan Malaysia dan suara rakyat perlu dihormati.

Ini termasuklah pemilihan Perdana Menteri baharu yang diharap dapat segera dipilih.

SULTAN JOHOR MAHU SUARA RAKYAT DIHORMATI

SULTAN JOHOR MAHU SUARA RAKYAT DIHORMATI – 10 Mei 2018#sultanjohor#royalpressoffice

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on 9hb Mei 2018

“Jangan buang masa lagi, saya harap Istana Negara hari ini juga melantik Perdana Menteri yang baharu kerana ini adalah kepentingan rakyat dan bukan kepentingan saya atau individu.

“Saya harap perkara ini sampai kepada seluruh rakyat Johor dan Malaysia yang mana saya cintai,” titah baginda.- Astro Awani

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional pada April 2015.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka akan menggantikan sistem tersebut dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sebelum ini.

“Ia bukan keputusan yang kebelakang tetapi kita akan membatalkannya. Kita tidak memerlukannya. Kita akan kembali menggunakan sistem SST,” katanya pada sidang media khas PH sebentar tadi.

Pemansuhan GST antara 10 perkara dalam manifesto gabungan parti politik yang bertanding menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kadar GST yang ditetapkan ketika ini adalah sebanyak enam peratus berbanding SST 16 peratus.

GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, cili, rempah ratus, ikan masin, perkasam, cencalok, budu dan belacan.

Add Comment