Ini Yang Korang Balas Kepada Mama Yang Jaga Korang Dan Habiskan Duit RM 350 Sebulan

Mama tak tau dah mcm mana nak jaga hati papa.. Ni kali kedua dalam masa setahun korang pecahkan tv. Papa gaji tak sampai 2k sayang. Nak bayar rumah, motor, makanan korang tiap bulan je dah 350..
Repair skrin bukan murah sayang, mama nak pukul kau kucing..

Kau tak tahu apa kau buat. Kau tak tahu mama dan papa sanggup cut belanja dapur utk makanan korang.. Kau tak tahu mama dgn papa akan dahulukan korang dalam setiap perkara..

Ni zaman Najib sayang, semuanya mahal. Tapi papa tak kisah asalkan korang cukup makan setiap bulan. Mama dengan papa hujung bulan makan maggi je sayang, asalkan korang dapat makanan korang..

Mama tak sampai hati nak tukar makanan korang, dari dalam perut lagi mama bagi makan brand itu je.. Dah masuk 3 tahun korang makan makanan yg sama. Pejam mata sayang mama dan papa keluar duit beli makanan korang..

Bukan mama dan papa tak sedar diri tak mampu, tapi kami nak yg terbaik utk korang walaupun korang cuma kucing..

Image may contain: screen

Papa tak minat kucing, tapi sebab mama papa terima korang. Tapi ini korang balas kat papa? Sedih tau mama bila tengok muka papa congak-congak gaji.. Agaknya bila pulak papa boleh tukar skrin ni? Takkan nak cut duit makan korang tiap bulan, mama tak kejam lagi sayang..

Dulu mama dengan papa sanggup pindah rumah dari rumah flat sbb taknak korang kena tangkap dengan majlis. Sebab korang papa sanggup cari rumah lain..

Image may contain: cat

Inilah muka kesemua suspek yang pecahkan tv, suspek utama yang tengah dan bahagian atas kiri

Kadang mama dilema, nak pentingkan siapa. Papa atau korang, mama sedih tgk papa.. Mama kesian tgk korang..

Antara korang dengan papa, papa penting. Jadi mulai skrg mama akan letak korang kat luar rumah.. Duduk dalam sangkar.. Keluar bila mama dan papa ada dalam rumah..

Mama nak jaga syurga suami mama, tapi mama jugak taknak terlepas syurga kerana abaikan korang..

Sekarang mama nak lantik lawyer, mama nak cari siapa yg bersalah..

***First pecah tahun lepas, tv dah gantung tapi dorang panjat sampai tercabut skru, tv terhempas kat lantai ?

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment