Ini Bukan Ulat Tapi Sejenis Buah Di Atas Gunung

Jika anda daki gunung dan menemui buah berbentuk seperti kacang merah ini, sebaiknya anda petik untuk lihat isinya. Buah berwarna biru keunguan dan berbentuk seperti cakar. Apakah itu?

Apa yang ada di fikiran anda setelah melihat buah bentuk seperti ini, unik? Setelah teliti bukanlah sejenis hama atau serangga, melainkan sebuah tanaman yang memiliki buah yang cukup unik dan meragukan.

Pokok ini dikatakan tumbuh subur di tempat-tempat tinggi, khususnya pergunungan di China. Buah ini pula secara umumnya sering dijadikan buah tangan atau cenderamata kenang-kenangan.

Penduduk di China menyebut buah ini dengan nama ‘August Melon’ manakala masyarakat tempatan banyak merujuk buah ini seperti nama ‘najis kucing’ kerana bentuknya yang sama.

Di tempat lain, buah ini sangat bernilai tinggi kerana mengandungi banyak sekali manfaat iaitu khasiat karbohidrat, mineral, vitamin, protein, serta nutrisi yang melimpah-ruah. – MYNEWSHUB.CC

Add Comment