Ikan Dolphin Cuba Mendekati Manusia Ini Rupanya Dia Nak Minta Tolong

Menyelam adalah salah satu aktiviti menerokai alam hidupan laut semula jadi yang sangat menyeronokkan. Anda bukan sahaja dapat melihat hidupan laut secara dekat malah dapat juga berinteraksi dengan pelbagai spesies ikan.

Namun begitu, lain pula yang dialami oleh seorang penyelam ini. Ketika dia sedang menyelam di dasar laut Gadren Eel Cove di Kailua-Kona, Hawaii, dia dikejutkan dengan kehadiran seekor ikan lumba-lumba yang mengalami kecederaan. Lumba-lumba tersebut dilihat berenang dekat dengan lelaki itu, Keller Laros seakan-akan mahu meminta pertolongan daripada penyelam itu.

Rupa-rupanya ada tali pancing yang tersangkut pada badannya. Melihat keadaan lumba-lumba itu, penyelam tersebut terus memberi isyarat supaya ikan tersebut datang semula ke arahnya supaya dia dapat melepaskan ikan tersebut daripada cangkuk atau mata kail yang ada di bandannya.

Mujurlah semua berjalan baik dan cangkuk serta tali pancing tersebut dalam dilepaskan daripada terus mengganggu ikan lumba-lumba tersebut.

Sumber:  Era Baru

 

Add Comment