Ibu Lembu Sebak Melihat Anaknya Lahir Tanpa Hidung

CHANGLUN: Seorang penternak lembu terkejut apabila melihat anak lembu betina yang baru dilahirkan tiga hari lalu tidak mempunyai hidung dan terdapat ketumbuhan besar di kepalanya.

Menurut pemilik lembu terbabit Zulkafli Ahmad, 57 tahun, ibu lembu yang digelar ‘Hitam’ pada mula menunjukkan tanda-tanda mahu melahirkan anak pada petang Selasa lalu..

Sebaik tiba di kandang dia terlihat perut Hitam sudah kempis namun anaknya tiada bersama ketika itu.

Dia menemui anak lembu itu terbaring di bawah sebatang pokok di ladangnya Taman Beringin di sini.

Suasana sedih dapat dilihat sewaktu Hitam datang dan mencium anaknya sebelum anaknya yang cacat itu ditanam petang tadi. - Foto Astro AWANI

Suasana sedih dapat dilihat sewaktu Hitam datang dan mencium anaknya sebelum anaknya yang cacat itu ditanam petang tadi. – Foto Astro AWANI

Bagaimanapun beliau sedih apabila sampai di kandang pagi tadi terlihat anak lembu itu sudah tidak bernyawa lagi.

Tambahnya suasana sedih dapat dilihat sewaktu Hitam datang dan mencium anaknya sebelum anaknya yang cacat itu ditanam petang tadi.

“Harapan saya bila tengok dia cacat sikit saya rasa dia boleh hidup tetapi terfikir juga kalau esok anak lembu ini hidup, hendak makan memang tidak boleh, kecewa memang kecewa.

“Kita nampak ibu lembu itu lihat anak dia, sedih juga macam mana kita tengok orang sakit. Budak yang lahir kita tengok cacat kan sedih tengok, macam itulah ibu lembu. Dia pun makhluk Allah jugakan. Sedih,” kata Zulkafli.

 

Penternak Changlun sebak lihat ibu lembu ratapi anak lahir tanpa hidung

Seorang penternak lembu terkejut apabila melihat anak lembu betina yang baru dilahirkan tiga hari lalu tidak mempunyai hidung dan terdapat ketumbuhan besar di kepalanya.- Foto Astro AWANI

Zulkafli yang juga persara tentera berkata, sejak dia mula menternak lembu 17 tahun lalu, inilah pertama kali perkara aneh yang berlaku pada lembu peliharaannya.

Menurutnya dia mengganggap anak lembu itu sebagai anugerah daripada Allah SWT sepanjang hidupnya.

Sumber: ASTRO AWANI

Add Comment