Ibu Kucing Terkejut Mendapati 4 Anak Kandungnya Mati Menjadi Bangkai

Pelik tapi benar, ada lagi manusia yang suka menyeksa haiwan hingga mati terutamanya kucing. Bagi manusia seperti kita pencinta kucing pasti akan merasa sedih jika ternampak kejadian yang kejam seperti ini.

Sebelum ini banyak penyeksaan haiwan seperti kucing diikat getah di bahagian telornya, kucing dipotong tangan sebab curi ikan dan sebagainya. Kejadian ini amat membuatkan hati kita sebagai pencinta kucing merasa sedih dan terbawa sampai mimpi.

Terdapat suatu kisah dimana seekor ibu kucing telah selamat melahirkan anaknya. Dia memiliki 4 ekor anak yang sangat comel dan sihat anda pasti akan geram bila melihat telatah mereka.

Namun pada suatu hari, penduduk kampung terdengar tangisan ibu kucing seperti meratapi sesuatu. Orang yang mendengar suara ibu kucing itu merasa pelik dan tertanya-tanya kenapa kucing itu menangis.

Mereka pergi mendekati ibu kucing tersebut dan mereka sangat terkejut apabila mendapati 4 ekor anak kucing itu mati terbunuh. Darah anak kucing itu bersemburan di atas lantai, melihat daripada kejadian tersebut mereka mendapati anak kucing tersebut dibunuh dengan cara dicampak sekuat hati ke tanah.

Orang kampung yang biasa memberi makan pada mereka 5 beranak merasa sedih melihat ibu kucing tersebut menjilat anaknya untuk cuba membangunkannya. Siapa tak sedih melihat episod tragik yang menimpa ibu kucing tersebut.

Kami melihat empat ekor anak kucing telah mati, sementara ibunya terus menjilat dan mencium keempat anaknya dengan wajah yang sedih, seakan-akan berharap ciuman kasihnya dapat menghidupkan anak-anaknya yang telah menjadi bangkai.

Setelah diteliti lebih lanjut oleh warga setempat, mereka memastikan anak-anak kucing itu mati kerana diseksa.

Tubuh 4 beradik itu jelas kelihatan ada bekas lubang dan darah yang mengalir, bahkan salah satu leher anak kucing itu ditarik dengan tali hingga berubah bentuk, sementara beberapa ekor lain dibelah dibahagian perut, sampai jantungnya menjuntai keluar.

Pemandangan yang kejam ini membuat penduduk sekitar tak sanggup melihatnya, terlebih lagi ibu kucing yang hanya boleh menatap sedih dan tak mahu pergi sambil menciumi anak-anaknya satu persatu.

Sumber: FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

 

Add Comment