Ibu Kucing Mengambil Anak Anak Itik Sebagai Anak Angkat Selepas Ibu Si Itik Meninggal Dunia

Seekor kucing betina, yang juga merupakan ibu kepada 3 ekor anak kucing yang comel telah mengambil 3 ekor anak itik yang tiada ibu bapa sebagai anak angkatnya.

Ia telah mula menjaga anak angkatnya seperti anak sendiri.

Ronan dan Emma Lally, dari Clare Co Offaly, Ireland, sangat terkejut apabila mendapati bahawa kucing mereka menjaga anak itik berkenaan dan bukannya mencederakan mereka.

“Saat apabila kucing itu berbaring, maka 3 ekor anak angkatnya akan terus mendekatinya. Kucing itu juga akan membunyikan dengkuran manja”, kata Ronan.

“Kami mengangkat kucing itu tetapi ternyata anak angkatnya terus melekap pada ‘ibu’ mereka. Kucing itu dikatakan mempunyai naluri keibuan yang tinggi kerana tangannya seakan memegang anak angkatnya dengan erat. Ia luar biasa”.

“Kucing itu mungkin beranggapan bahawa kesemua anak angkatnya itu adalah spesis kucing. Suatu hari nanti, apabila anak ‘kucing’ kuningnya membesar, pasti ia akan perasan”, tambahnya.

Ibu kucing ini sangat menyayangi anak angkatnya sama seperti anaknya sendiri.

Sumber: ERA BARU

Saksikan saat manis mereka ini pada video di bawah ini :

Add Comment