Ibu Kucing Cuba Membangunkan Anaknya Yang Mati

Ibu adalah orang yang paling besar pengrobanannya, daripada mengandungkan, melahirkan hinggalah membesarkan anak-anak.

Proses melahirkan antara proses yang bukan sahaja menyakitkan tetapi juga proses yang paling berisiko.

Para ibu berhadapan dengan segala macam risiko ketika melahirkan sehingga boleh mengorbankan nyawa mereka sendiri.

Jangan kata manusia, haiwan juga mengalami proses yang sama, melahirkan anak. Mereka juga berhadapan dengan kesulitan dan kesakitan ketika melahirkan anak mereka.

Tetapi, sesakit dan sepayah mana pun mereka tetap menguatkan diri untuk terus melahirkan anak mereka, membawa mereka melihat dunia dengan selamat. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak yang dilahirkan selamat dan boleh bernafas dengan baik.

Anda boleh saksikan sendiri bagaimana dia mula-mula melahirkan anaknya dalam penuh ketidakselesaan. Selepas itu, jelas sekali kebimbangan pada wajahnya apabila melihat anaknya seakan-akan tidak bernafas sehinggalah tuannya datang membantu.

Dia mungkin seekor kucing, tetapi dia adalah seekor ibu yang penuh dengan kasih sayang dan kebimbangan…

Sumber: Era Baru

Add Comment