Hebat Ikan Paus Menghasilkan Pelangi Di Lautan

Siapa sahaja yang tidak suka dengan keindahan pelangi? Dengan warna-warnanya yang indah ditambah lagi kejadiannya yang penuh elemen semula jadi yang mengagumkan, sehingga ada yang pernah bermimpi untuk mengejar pelangi.

Percayakah anda jika dikatakan ikan paus mampu menghasilkan pelanginya yang tersendiri?

Kejadian ‘ajaib’ ini telah berjaya dirakam di luar pantai Newport Beach, California.

Seekor ikan paus spesies humpback telah dirakam semasa sedang bernafas di tengah-tengah laut. Apa yang menariknya ikan paus ini bukan sahaja menyembur keluar air masin ke udara malah turut mengeluarkan pelangi daripada lubang pernafasannya.

Kedengarannya seperti mustahil tetapi anda pasti akan percaya setelah menonton video itu sendiri dan bukan itu sahaja anda pasti akan menontonnya berkali-kali, cukup mengagumkan!

 

Sumber: ERA BARU

Kucing kencing merata

Mungkin ada yang tak tahu tentang tabiat kucing jantan apabila cukup umur untuk kahwin, mereka akan melakukan tabiat tak senonoh yaitu kencing di kawasan mereka suka.

Ini sebagai simbolik kucing untuk menanda kawasan mereka, mereka seolah olah menanda kawasan itu dengan bau daripada kencing mereka.

Seekor kucing yang viral baru baru ini telah menunjukkan aktiviti kurang ajar apabila kencing di depan sangkarnya. Ada dua kemungkinan kejadian ini berlaku.

1. Dia tak nak kotorkan kawasan dalam sangkar (Dalam sangkar tak ada toilet)
2. Dia tanda kawasan nya

Mari kita saksikan aksi tak senonoh kucing ini

Add Comment