Harapkan Kuku Sahaja Yang Tajam, Tapi Dengan Tangan Pun Nak Takut

Tiada apa yang lebih melucukan apabila melihat seekor kucing yang menjadi takut dengan kesemua benda dan perkara dengan tidak tentu pasal. Walaupun kita hanya menunjukkan tangan mengacah kepada si comel ini dengan tiada niat untuk menakutkan.

Reaksi si comel ini apabila berwajah takut amat mencairkan hati , terasa bagai mahu memeluk dan menciumnya. Lihat sahaja pada aksi si comel Marmalade ini yang menjadi penakut apabila diagah dan diacah oleh pemiliknya, Chris.

Marmalade , si kucing belang kuning ini menjadi kecut perut bagai melihat filem seram apabila diacah-acah tangan yang menakutkan oleh Chris.

Marmalade yang sedang duduk di dalam sinki bilik mandi , menjadi takut melihat Chris cuba menakut-nakutkannya dengan tangan ngerinya dan kamera yang sedang dipegang Chris.

Dengan matanya yang hitam, bulat dan comel , serta telinganya yang kemerah-merahan , Marmalade menyorok di dalam sinki sambil mengintai dan melihat-melihat kamera dan tuannya yang sedang menyakatnya.

Aksi Marmalade sangat comel dan melucukan apabila berada di dalam ketakutan. Bagaimana Marmalade boleh menjadi sebegitu comel dan lucu apabila ia berasa takut?

Kata Chris, Marmalade sememangnya kucing yang lincah tetapi menjadi penakut dengan semua benda dan perkara .Walaupun dia hanya mengacah tangannya di depan Marmalade , ia tetap berasa takut dengan tidak tentu pasal.

Apabila melihat wajah comelnya yang ketakutan itu, ia agak melucukan seolah Marmalade berasa kecut perut yang amat sangat.

Marmalade akan berasa sensitif pada sebarang bunyi dan suara seperti jika Chris menghentakkan tangannya di meja , dengan segera ia akan berasa takut dan mendapat perhatiannya .

Dan dengan wajahnya yang bermata hitam bulat dengan telinga yang kemerahan serta reaksinya yang terpinga-pinga itu , Chris tahu yang Marmalade sedang berasa ketakutan dengan tidak tentu pasal.

Dengan gelagat yang seperti itu, ia menjadi suatu bahan tatapan yang agak melucukan dan amat comel!

Ayuh lihat aksi comel Marmalade di bawah:

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment