Harapkan Gigi Je Taring Tapi Kucing Ni Suka Makan Timun

TOKYO – Kucing yang dilahirkan dengan gigi taring dan kuku tajam ialah haiwan pemburu handal gemar memakan daging termasuk tikus, cicak, burung dan pelbagai serangga lebih kecil daripada dirinya.
Bagaimanapun menurut portal rocketnews24, seorang pemilik kucing di Jepun mendapati rutin makanan kucing peliharannya bernama Hokuro-kun ialah sayur-sayuran yang lazim dimakan oleh manusia.

Biarpun pernah memberi makanan kucing, tetapi dia mengakui Hokuro-kun sangat tertarik melihat sepotong timun, kubis atau ubi keledek sebelum datang menghampiri dan mula memakannya dengan penuh selera.

Kucing tersebut dikatakan sanggup menolak untuk memburu tikus dan lebih memilih untuk mengunyah timun. Kelakuan pelik oleh Hokuro-kun itu menjadi perbualan netizen di negara matahari terbit itu.

Beberapa bulan lalu, pernah tersebar video menunjukkan aksi kucing yang ketakutan terhadap timun. Mungkin kerana kucing gemar memburu, ia menganggap timun yang bergerak seperti ular yang berbahaya.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Add Comment