Harapkan Anjing Jaga Kambing Tapi Boleh Pulak Dia Berlari Berkejaran

Beberapa tahun lalu, Nelson telah dipertanggungjawabkan untuk membantu tuannya menjaga sebuah ladang yang terletak di Timur Sussex, United Kingdom. Nelson yang merupakan seekor anjing baka campuran Norfolk ditugaskan untuk mengembala sekumpulan kambing biri-biri di ladang berkenaan.

Sepatutnya, inilah tugas yang Nelson mahiri bukan? Tetapi hakikatnya, Nelson bukanlah seperti yang disangka. Malah, pemiliknya sendiri menggelar Nelson sebagai ‘anjing pengembala yang paling teruk di dunia’.

Pada permulaan Nelson sebagai anjing pengembala, anjing ini telah lakukan yang terbaik. Nelson dengan yakinnya mengelilingi kambing biri-biri tersebut untuk mengumpulkan mereka di satu tempat.

Malangnya, semua perancangan Nelson tidak menjadi apabila salah satu daripada sekumpulan anjing biri-biri berkenaan memutuskan untuk bertindak degil dan mengejar anjing itu!

Tindakan kambing biri-biri itu mencetuskan lebih ramai biri-biri lain untuk mengejar Nelson. Secara tak langsung, kejadian ini membuatkan seolah-olah Nelson yang digembala oleh sekumpulan biri-biri tersebut!

Melucukan sungguh! Kasihan dia dikejar beramai-ramai sebegitu rupa. Pasti Nelson ketakutan.

Lebih melucukan lagi, terdapat beberapa ekor biri-biri lain yang melihat kejadian kejar-mengejar antara Nelson dan biri-biri lain. Mereka tidak langsung mahu melibatkan diri mereka dalam ‘permainan’ itu, cukuplah sekadar menjadi penonton dan berhibur melihat gelagat Nelson.

Tonton videonya di bawah dan jangan lupa tekan ‘like’.

Add Comment