Haiwan Sebesar Beruang Ini Rupanya Seekor Kambing Biri Biri

Melihat akan seekor makhluk besar seperti ‘raksasa’ berkeliaran di kawasan pedalaman telah mencemaskan penduduk tempatan di Australia. Mereka kemudian telah membuat laporan mengenai haiwan tersebut kepada pihak berkuasa.

Susulan laporan tersebut, sebuah organisasi pencegah kekejaman terhadap haiwan, Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSCPA) telah menghantar beberapa orang pegawai untuk menangkap haiwan tersebut.

Rupa-rupanya makhluk ‘raksasa’ tersebut adalah seekor biri-biri yang memiliki bulu yang begitu lebat. Nampaknya dia perlu dirapikan!

 

RSPCA yakin bahawa biri-biri yang diberi nama Chris itu telah melarikan diri dari ladang sejak lima tahun lalu sehingga sekarang. Oleh kerana itulah bulunya begitu lebat kerana belum pernah dicukur.

 

Biri-biri itu kemudian dibawa ke pusat RSPCA dan memerlukan lima orang pendandan untuk membantu merapikan haiwan comel itu. Mereka mengambil masa lebih daripada 40 minit untuk memotong bulu biri-biri itu.

 

Setelah selesai kerja-kerja memotong bulu Chris, mereka akhirnya mendapati bahawa bulu tersebut adalah seberat lebih daripada 40kg!

 

Selepas menimbang beratnya, mereka membawa Chris bertemu dengan doktor haiwan. Oleh kerana semuanya dalam keadaan baik, mereka akhirnya memutuskan untuk mengambil dan memelihara Chris.

Melihat akan gayanya, Chris dilihat seperti suka akan potongan bulu barunya. Dia juga diberikan antispetik menyebabkan adanya bintik merah jambu pada tubuhnya. Chris kini pasti lebih mudah bergerak, dia seolah-olah telah kehilangan 40kg berat badan!

Sumber: ERA BARU

Add Comment