Gambar Juruterbang Wanita Sedang Solat Menjadi Viral Setelah….

Viral di media sosial sejak kelmarin apabila sekeping gambar yang dimuatnaik oleh seorang juruterbang jadi perhatian netizen apabila gambar pembantu juruterbangnya Sarah Widayanti Kusuma yang sedang solat mendapat pujian daripada orang ramai.

Meskipun sedang bekerja di atas awangan namun ia bukan alasan mahupun penghalang buat wanita ini untuk solat 5 waktu di dalam cockpit.

Juruterbang yang baik hati ini juga merupakan seorang muslimat dan taat pada agama, dia juga seorang yang tidak pernah meninggalkan solat walaupun kerjanya hanya di dalam pesawat.

Semoga kisah ni jadi inspirasi kepada wanita-wanita yang bekerjaya di luar sana. Jika kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. InsyaAllah.

Wartawan telah berjaya mengesan identiti sebenar pilot wanita ini. Dan ada banyak gambar-gambar yang diperoleh.

Sarah Widayanti Kusuma merupakan seorang juruterbang pilot yang berpengalaman bertahun-tahun untuk syarikat penerbangan Garuda Indonesia.

Beliau telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Semoga terus jadi solehah dan ikon kepada muslimah di seluruh dunia insyaAllah. Berikut merupakan gambar-gambar lain pilot wanita ini.

Sumber: KHALIFAH MAIL

Add Comment