Faizal Tahir Kata Pada Donald Trump Untuk Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Di Twitternya

7 Dec – Pemuzik tempatan, Faizal Tahir, sememangnya terkenal sebagai salah seorang selebriti yang selalu mengambil berat tentang isu-isu yang melibatkan negara Palestin.

Tidak terlepas pandang isu Presiden AS mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Faizal Tahir menyuarakan rasa tidak puas hati di laman Twitternya hari ini.

“Baitulmaqdis akan selalu menjadi ibu negara Palestin.

“Pergi cari ibu negara sendiri lah @netanyahu @realDonaldTrump.” tulis Faizal bersama tagging akan Netanyahu dan juga Donald Trump.

Sebelum ini, presiden AS, Donald Trump mengambil tindakan mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Tindakan Trump itu menyebabkan kemarahan banyak pihak dan mencetuskan rusuhan di bandar itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, turut mengecam tindakan Trump itu di Twitter beliau.

sumber: SIAKAP KELI

Add Comment