Dua Pelajar Sekolah Rendah Berjaya Selamatkan Anak Kucing Dari Maut

Bagi yang mempunyai haiwan peliharaan pasti sudak masak dengan habit mereka yang suka berlari, bermain, memanjat dan sebagainya. Mereka sememangnya sangat aktif, ada sahaja yang mahu dilakukan.

Apa yang merisaukan ialah apabila mereka terlibat dengan ‘kemalangan’ sehingga ada yang tercedera.

Seperti kucing ini entah bagaimana dia boleh terperangkap di atas bumbung yang tinggi. Dia juga nampaknya mengalami kesukaran untuk turun dan hal ini membahayakan dirinya. Mungkin kerana masih kecil membuatkannya masih tidak berani untuk melompat ke bawah.

Jadi, dia hanya mampu berbunyi, berharap ada yang datang membantunya.

Mujurlah ada dua orang pelajar sekolah yang perasan akan keberadaannya di atas bumbung tersebut. Mereka berfikir bagaimana untuk menyelamatkan kucing itu, membawanya turun dengan selamat tanpa mengalami kecederaan.

Mereka berdua akhirnya memutuskan untuk menggunakan payung bagi menyelamatkan kucing tersebut. Apa yang dilakukan ialah, mereka membuka payung tersebut dan menterbalikkannya supaya kucing tersebut dapat melompat ke atasnya.

Nampaknya idea bijak membuahkan hasil apabila mereka berjaya menyelamatkan kucing tersebut. Kucing itu dengan selamat melompat ke atas payung tanpa mengalami sebarang kecederaan. Pasti dia sangat berterima kasih kepada dua orang budak lelaki ini!

Sumber: Era Baru

 

Add Comment