Dilahirkan Tanpa Kelopak Mata Menyebabkan Matanya Hampir Buta Kerana Banyak Habuk Masuk Ke Dalam Matanya

Kucing jalanan bernama Fei Fei ini dijumpai oleh seseorang di atas jalan raya yang sibuk sekitar Chengdu, China. Melihatkan penyakit matanya yang sangat teruk, Fei Fei dibawa oleh Chen ke sebuah klinik haiwan bagi mendapatkan rawatan.

Fei Fei dipercayai mengalami entropion, satu keadaan yang membuatkan kelopak mata atas dan mata bawahnya bergulung ke dalam sekali gus menyebabkan matanya membengkak dan jika dibiarkan, boleh mengakibatkan buta!

Ini gambar Fei Fei sebelum menjalani pembedahan.

Ini pula Fei Fei selepas menjalani pembedahan. Kini, Fei Fei boleh melihat dengan lebih jelas dengan mata yang sihat.

Doktor haiwan yang bertanggungjawab memulihkan mata Fei Fei iaitu Dr. He Jinyi memaklumkan kucing jantan yang berusia dua tahun ini dibawa ke kliniknya sekitar April yang lalu.

Jinyi turut menyatakan Fei Fei yang bermaksud ‘debab’ mempunyai personaliti yang menyeronokkan dan gemar bermesra dengan sesiapa sahaja. Semasa berada di Klinik Haiwan I and Pet di Chengdu, Fei Fei hidup dengan gembira dan tidak memilih makanan.

Selepas melakukan pemeriksaan lanjut, Dr. He mendapati Fei Fei tidak mempunyai kelompak mata normal seperti kucing lain. Dalam tempoh sebulan selepas pembedahannya, Fei Fei diletakkan di bawah pemerhatian rapi dan diberikan vaksin.

Kini, dengan mata yang besar dan galak, Dr. He mula menyayangi Fei Fei sepenuh hati.

Chen dan rakan sekerjanya dari Persatuan Pelindungan Haiwan Kecil Qiming kemudian telah mengiklankan Fei Fei secara atas talian bagi mendapatkan tuan baru untuknya.

Setelah sembuh sepenuhnya, Fei Fei dibawa keluar oleh tuan barunya yang merupakan seorang pelukis untuk dipelihara dengan penuh kasih sayang.

Selepas pembedahan tersebut, kehidupan Fei Fei terus berubah. Ia bukan sahaja boleh melihat dengan lebih baik tetapi juga menjadi sensasi di internet. Beberapa gambar sebelum dan selepas Fei Fei menjalani pembedahan menjadi tular di Weibo dan menyebabkan netizen mengagumi keberanian Fei Fei dalam menjalani pembedahan mata tersebut.

Sumber: Era Baru

Add Comment