Didenda RM 9000 Kerana Pasang Penjimat Eletrik Di Dalam Rumah

Jangan sesekali buat macam ini ya, sangat bahaya! Pihak TNB akan datang rumah untuk siasat.

Kos sara hidup di Malaysia memang tidak dinafikan semakin tinggi dan masyarakat akan lakukan apa sahaja untuk memastikan mereka survive.

Namun pernahkan anda berfikir tentang implikasi perbuatan anda itu?

Sama seperti kisah sebuah keluarga yang dikatakan terpaksa menanggung bil elektrik setinggi RM8,959.25 akibat tindakan mereka memasang alat penjimatan elektrik secara haram.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Reez Sham Yasin telah berkongsi melalui laman Facebook miliknya tentang ‘hutang’ yang terpaksa ditanggung olehnya kerana tindakan memasang alat penjimatan elektrik secara haram.

Perkara itu telah dilakukan kerana ingin mengurangkan bil yang perlu ditanggung setiap bulan.

Namun, nasib tidak menyebelahinya. Perkara ini menjadi sesuatu yang membelenggu hidupnya dan beliau juga menyesali perbuatannya itu.

Tujuan utama perkongsian wanita ini adalah untuk menjadikan perkara sebagai pengajaran untuk masyarakat supaya tidak diulangi

Assalamualaikum. Saya nak cerita sikit tentang apa yang terjadi. Saya harap ia menjadi ikhtibar dan pengajaran buat semua. Ini kesilapan kami dan kami tanggung kesilapan itu.

Lebih kurang 2 tahun lebih dulu, family kami ada pasang alat menjimat elektrik pada meter. Mmg salah pun, tapi sbb semua barang naik, bill api melambung-lambung, so kitorang pun pasanglah alat itu

Maka bil pun turun lah dari RM400 lebih ke seratus lebih. Lebih kurang sebulan lalu, pihak TNB datang untuk membuat pemeriksaan meter dan mereka kata “penggunaan elektrik tidak relevan”. Macam itulah lebih kurang. So bila mereka dapat tau ada penjimatan, mereka terus keluarkan surat saman.

Mereka akan kira semula berapa yg patut nya kami bayar bulanan. Tapi nilainya belum tahu, akan diberitahu 3 hari sebelum tarikh pembayaran. Kalau tau awal at least bolehlah prepare kan. Ini tidak.

Maka kami adik-adik beradik kiralah berapa agaknya kena bayar nanti. Kami anggarkan sendiri. Agaknya RM1,000 kot, 2,000 kot.

Setelah hampir sebulan, jumlah bil sebenar telah dikeluarkan oleh pihak TNB. Sangat mengejutkan!

Setelah hampir sebulan, kami mendapat saman yang harus dibayar adalah RM8,959.25 ya. Terkejut beruk kami dan lebih memeranjatkan dan hampir menjadikan kami sekeluarga beruk sebenar adalah; sama sekali tidak boleh dikurangkan dan tiada perbincangan untuk pengurangan.

Tetap kena bayar amaun yg dinyatakan. Staff TNB terang jelas pada kami dengan baik. Sebab apa dan kenapa mereka berbuat demikian.

Pihak TNB kata boleh kurang. Tapi harus nyatakan bukti contoh rumah tu tak ada orang duduk ke, apa ke. Tetapi jumlah itu perlu dibayar terlebih dahulu. Lepas itu, jika ingin masuk mahkamah untuk pengurangan jumlah, itu boleh dilakukan kemudia. Namun, tak terjamin boleh dikurangkan atau tidak.

Mereka akan potong pada tarikh itu, ambil gambar dan akan beri nombor invois. Kita pergi bayar dan mereka akan pasang semula. Perit kan? Tapi semua itu silap kami. Nak jimat elektrik tapi guna cara yang salah. Mmg mula-mula jimat, hujung-hujung kena bayar jugak apa yang nak jimat sangat tu.

Pada sesiapa yang ada buat seperti apa kami buat. Jangan sebab kita nak kurangkan bill kita menyalahi undang-undang. Hujung kena bayar juga apa yang kamu nak jimat sangat tu. Hentikanlah.. Sebab TNB boleh tahu apa yang kamu buat, sistem dia boleh baca. Sebelum terkena baik hentikanlah.

Nasib baik Allah beri kami rezeki untuk bayar jumlah tu. Kalau tak ada, makanya buatlah unggun api tengah rumah sambil main bayang-bayang kat dinding.

Ini merupakan jumlah yang perlu dibayar olehnya:

Pengajaran yang perlu diambil dari kisah wanita ini adalah jangan sesekali melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Walaupun perkara itu akan menguntungkan anda.

Sumber – SAYS

Add Comment