Dia Sangat Gembira Kerana Terlepas Daripada Disembelih Kepala

Kuda yang diberi nama Joanie ini tidak pernah mengecapi kebahagiaan dalam hidupnya. Dilahirkan di Illinois pada tahun 1999, kuda ini dibiak untuk dijadikan sebagai kuda lumba dan ia cukup bagus dalam berlumba. Ia telah bersaing dalam banyak perlumbaan dan memenangi beberapa perlumbaan tersebut. Tetapi malangnya, ia terlalu tua untuk berlumba dan dijual oleh pemiliknya.

Joanie dijual kepada keluarga Amish. Ia bekerja berjam-jam dengan menarik kereta ‘buggy‘. Malangnya, peralatan di kereta itu telah mengoyakkan wajahnya dan bulunya mengalami keguguran.

Oleh kerana sebab itu, pemilik Joanie mengambil keputusan untuk tidak memeliharanya lagi. Jadi ia dihantar ke rumah lelong. Joanie akan disembelih selepas dijual. Selama hidupnya, ia telah berbakti untuk orang yang disayanginya dan kini ia berisiko untuk disembelih.

Syukurlah, Joanie mendapat peluang kedua dalam hidupnya. Jaime Castano, pengasas Freedom Farm Animal Rescue, tidak merancang untuk mengambil bela mana-mana haiwan ketika dia pergi ke rumah lelongan tersebut. Dia pada mulanya merancang untuk mengambil gambar dan video tempat itu untuk meningkatkan kesedaran tentang nasib binatang.

Tetapi apabila Castano melihat Joanie, dia memeriksa kuda itu dan melihat sesuatu yang tidak biasa pada Joanie. Joanie mempunyai tatu nombor ’25’ di lehernya.

“Saya sebenarnya mempunyai tatu nombor 25 di lengan saya sebagai peringatan kematian bapa saudara saya. Jadi apabila saya melihatnya, saya sangat terkejut.”

Jamie juga mendapati bahawa kaki Joanie mempunyai tanda pinfire. Tanda-tanda ini selalu dimiliki oleh kuda lumba.

“Ia seperti tembakan asid untuk membekukan tendon atau otot. Jadi apabila mereka mengalami kecederaan atau mereka tidak melakukan yang terbaik, ia akan membuat mereka tidak merasa sakit pada kawasan itu. Doktor haiwan saya berkata, ‘Adalah normal kuda lumba menerima empat atau lima tembakan pin,’ tetapi Joanie mempunyai 18 tanda pada setiap kaki.”

Pada masa itu, Jaime tahu dia tidak dapat meninggalkan kuda yang malang itu di rumah lelong berkenaan. Dia meminta derma supaya ia dapat membeli Joanie.

Terima kasih kepada semua orang yang menyumbang, nasib Joanie yang malang telah berubah. Ia bebas daripada rumah sembelihan. Joanie sebaliknya mendapat rumah baru di mana ia mempunyai ruang untuk berlari dan berkeliaran.

Sebaik sahaja mereka membawa Joanie ke pusat perlindungan mereka, pasukan itu memuat naik video ke Instagram yang menunjukkan Joanie bergolek sebagai kuda yang bebas di lapangan. Joanie sangat menyukai persekitarannya yang baru.

Tonton reaksi Joanie setelah bebas daripada disembelih:

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment