Dia Menjadi Kucing Jalanan Selepas 23 Tahun Tinggal Dengan Mendiang Tuannya

Selama 21 tahun, kucing bernama Ora tinggal bersama sebuah keluarga yang dia anggap sebagai rumah terakhirnya. Pada masa itu Ora baru umur 2 tahun. Tak terasa masa terus berjalan, sehingga usia Ora mencapai 23 tahun dan peristiwa yang tidak dijangka terjadi yaitu pemiliknya mati.

Untung buat Ora tidak  lama kemudian dia menemui sebuah keluarga untuknya yang kehilangan tempat tinggal. Sebuah tempat perlindungan di Chicago menjadi rumah barunya, di mana Ora boleh mendapatkan makanan yang cukup dan dilindungi dari panas dan hujan. Tetapi tempat perlindungan bukan tempat yang baik untuk kucing senior seperti Ora. Seorang pembantu rumah yang baik kemudian memuat cerita tentang Ora melalui Facebook, dengan harapan Ora terdapat orang yang baik ingin membela Ora.

Tidak lama kemudian sebuah badan Non Government daripada Young at Heart Pet Adoptions di Palatine, Illinois memberi respon baik dengan mengambil Ora sebagai haiwan peliharaan mereka, dimana Ora akan lebih selesa untuk tinggal dengan haiwan lain yang lebih tua

Tetapi perjalanan Ora tidak berhenti di sana. Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan, ora disyaki menghidap penyakit jangkitan saluran kencing  dan mempunyai tumor di bawah mata. Pembedahan tidak mungkin akan dilakukan pada dia yang sedang dalam keadaan kritikal, maka Ora hanya pesakit luar. Dia juga dirujuk untuk hidup dengan ibu bapa angkat untuk memperbaiki keadaan fizikal dan psikologinya.

Semenjak daripada itu dia telah pun memiliki keluarga yang menyayanginya di rumah baru, kini dia tinggal bersama kucing0kucing yang lain. Tidak seperti di rumahnya yang lama dia hanya berseorangan, perlahan-lahan ora mula menyesuaikan diri tinggal bersama kucing lain, bermain dan berkawan semasa mereka. Ora kelihatan sangat bahagia, kini dia telah tinggal di sana selama setahun. Kesihatan ora yang dulu kronik, kini semakin pulih. Ora rupanya tidak pernah menyerah kalah dengan penyakitnya. Kini genaplah usia ora yang ke 24 tahun.

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment