Dia Kucing Bisu, Datang Dalam Keadaan Senyap Dan Pergi Pun Senyap

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian sama ada maut itu cepat atau lambat kita semua pasti akan mati. Begitu juga dengan haiwan dan segala yang ada di dunia ini pasti akan hancur suatu hari nanti.

Seekor kucing comel tapi bisu telah pun meninggalkan keluarga yang disayanginya dan bertemu penciptanya. Dia seekor kucing yang bisu ditemui 2 tahun lepas datang ke keluarga kami kerana tersesat.

Di musim hujan atau tengkujuh dia tersesat dalam semak dan berada dalam lopak air tak tahu dia datang dari mana. Tapi itu lah detik kali pertama kami berjumpa dengan kucing itu yang dinamakan adik. 2 Tahun adik datang menceriakan kehidupan kami sekeluarga, bermain dengan kami dan juga bermanja dengan kami.

Image may contain: cat

Tapi hari ini aku mendengar berita sedih daripada keluarga aku, ‘Adik dah tak ada’ itulah kata-kata pertama yang aku dengar hari ini. Sedih memang sedih tapi aku redha atas pemergian mu. Kau adalah kucing terbaik yang aku pernah bela di dunia ini.

Image may contain: plant, cat, outdoor and nature

Kau datang seorang diri kepada kami, kau pergi pun seorang diri yer dik. Senyap kau pergi meninggalkan kami buat selamanya. Banyak kenanagan bersamamu wahai adik kesayangan ku😢😢😢.

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment