Dia Hampir Saja Dibunuh Oleh Tuannya Mujur Ada Yang Menghalang

Selepas berjalan selama 12 batu ke rumah lamanya, kucing yang diberi nama Toby ini dibawa ke pusat perlindungan. Pemiliknya telah meminta pusat perlindungan tersebut untuk mematikannya, walaupun Toby baru berusia tujuh tahun. Nasib baik, Toby menemui seorang pemilik baru yang penyayang.

Rupa-rupanya, Toby adalah kucing terbiar ketika pemilik pertamanya menjumpainya dan memeliharanya. Walau bagaimanapun, Toby sering bergaduh dengan kucing lain, jadi pemiliknya memutuskan untuk membawanya ke rumah lain – yang sejauh 12 batu daripada rumah mereka.

Walau bagaimanapun, Toby kembali ke rumah lamanya dengan berjalan sejauh 12 batu. Namun, bekas pemiliknya itu membawanya ke pusat perlindungan dan menyuruh pihak pusat perlindungan berkenaan mematikan Toby. Nasib baik, pihak perlindungan berkenaan tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Toby akhirnya dibawa ke SPCA of Wake County di mana mereka meletakkannya di situ untuk orang ramai yang berminat mahu memeliharanya. Tidak lama selepas itu, Toby telah menemui pemiliknya yang baru dan benar-benar gembira dengan keluarga barunya.

Pengurus komunikasi SPCA Wake of County, Tara Lynn berkata bahawa ia adalah lebih baik daripada meninggalkan kucing di tempat-tempat yang rawak. Tara menambah, Toby adalah kucing yang “sangat mesra” dan kini hidup bahagia bersama keluarga barunya.

Toby juga sudah tiada masalah untuk hidup bersama dengan kucing yang lain.

Kisah Toby menjadi tular dan Instagram yang dibuat khas untuknya oleh keluarga barunya telah menarik perhatian ramai orang.

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment