Dia Gembira Apabila Mendapat Anak Angkat Dan Terus Menjaganya Dengan Kasih Sayang

Charlie dan ketiga-tiga adik-beradiknya ditemui terbiar dalam sebuah kotak tertutup di kawasan perkhemahan ketika mereka baru berusia beberapa hari. Ia merupakan hari di dalam musim panas, sudah tentulah anak kucing yang baru lahir tidak dapat bertahan untuk terus hidup.

Nasib baik ada seorang wanita menemui mereka sebelum sudah terlambat. Selepas melihat ibu mereka tiada di sekitarnya maka beliau membawa mereka ke tempat perlindungan haiwan.

Kucing-kucing itu diberi minum susu sepanjang masa. Walaupun mereka mempunyai permulaan hidup yang sukar, namun mereka perlahan-lahan cuba untuk kekal hidup. Apabila mereka sudah cukup matang untuk diterima keluarga baru, maka mereka akan pergi bersama keluarga baru mereka, kecuali Charlie.

Apabila tiada siapa yang berminat untuk mengambil Charlie, wanita yang membawa Charlie ke pusat perlindungan bertanyakan kepada anak perempuannya jika beliau mahu mengambil Charlie sebagai haiwan peliharannya. Lantas anak perempuanya berkata ya. Sejak itu, pasangan tersebut hidup gembira bersama.

“Charlie adalah kucing yang paling penyayang yang pernah saya jumpa,” kata Chandler Alteri, ibu Charlie.

“Apabila saya pulang daripada kerja, Charlie akan berjalan ke pintu lalu berdiri meminta untuk diambil dan dipeluk. Charlie suka dipegang dan dibelai. Ia sangat baik dengan kanak-kanak, anjing, orang yang tidak dikenali dan tentunya sangat baik dengan anak kucing dan kucing lain.”

Tidak lama kemudian, Alteri memutuskan untuk cuba mengambil anak kucing baru, dan menghubungi ASPCA, seterusnya membawa pulang dua ekor anak kucing, Bitsy dan Jitterbug.

Pada mulanya, beliau meletakkan anak kucing di bilik mandi kerana beliau tidak pasti bagaimana Charlie akan bertindak balas dalam berkongsi rumahnya dengan mereka. Ternyata, beliau tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan.

“Charlie beria mahu masuk ke dalam dan melihat mereka,” kata Alteri.

“Apabila saya membiarkan ia masuk ke bilik mandi, ia terus menjilat anak kucing itu. Saya melihat selama berminggu-minggu ia menjaga mereka. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu. Mereka malu pada mulanya, tetapi kerana mereka menyukai Charlie dan Charlie menyayangi saya, mereka mula mempercayai saya.”

Dengan bantuan dan bimbingan Charlie, Bitsy dan Jitterbug berjaya menyesuaikan diri. Mereka kini telah membela kira-kira 25 ekor kucing, dan Charlie telah menyayangi dan menjaga mereka seolah-olah mereka adalah bayinya sendiri.

“Charlie suka menjilat anak kucing dan membelai mereka,” kata Alteri.

“Malah ia juga jadi ibu susuan palsu! Ia juga suka bermain sembunyi-sembunyi dengan mereka. Ia akan pergi bersembunyi di suatu tempat di apartmen, mengiau. Kemudian ketika ia mendengar mereka datang, ia melompat keluar daripada tempat persembunyian dan melompat ke atas mereka! Ia sungguh lucu!”

Ramai orang mungkin terkejut dengan tingkah laku Charlie kerana ia seekor kucing jantan, tetapi setiap kali ia melihat anak kucing kecil yang memerlukan kasih sayang dan perhatian, naluri ibu bapanya muncul.

Jelas sekali ia merupakan ayah angkat terbaik yang pernah dilihat orang. Charlie dilihat untuk membantu anak kucing tersebut untuk belajar dan membesar dengan sempurna.

Charlie mempunyai permulaan yang sukar untuk hidup, dan itu mungkin sebab mengapa ia membantu dan menjaga anak-anak kucing. Alteri menyelamatkan nyawanya, dan sekarang ia menghabiskan hidupnya setiap hari untuk membalasnya.

“Charlie menjadi pelindung kepada anak-anak kucing,” kata Alteri. “Kadang-kadang ia akan duduk di atas almari pakaian atau di atas sinki bilik mandi dan akan memerhati serta memantau mereka. Sebaik sahaja mainan anak kucing tersekat di celah sofa, Charlie akan membantu mengeluarkannya.”

Charlie membawa kegembiraan dan kasih sayang kepada setiap anak kucing angkat dan juga kepada ibunya. Alteri sangat bersyukur kerana dikurniakan sahabat baik yang penyayang seperti Charlie.

“Ia adalah ‘pemberian berharga’,” kata Alteri, “dan saya tidak fikir ada kucing lain di dunia yang berharga seperti dia.”

Sumber: Era Baru

Add Comment