Dia Dikutip Di Tepi Jalan, Siapa Sangka Dia Menjadi Anak Dara Yang Cantik

Kenalkan si comel ni adalah anak bulus kesayangan ummi, dia menjadi sebahagian daripada hidup ummi sejak daripada dia kecil sampai lah dia menjadi comel sebegini

Image may contain: cat and indoor
Saya jumpa dia di tepi jalan bersendirian berdekatan pasaraya, dia nyaris dilanggar oleh kereta, waktu itu kereta penuh bersusun nak masuk ke jalan pasar.

Kesian dia sebatang kara akibat tuannya yang membuangnya, tak sanggup saya melihat keperitannya dibuang tepi longkang mengharap ihsan manusia. Dia mengiau kepada setiap manusia yang lalu lalang di kawasan sekitar, mengharapkan bantuan manusia yang tak kunjung tiba.

Disebabkan kesian dengan suara rayuan kamu, saya tanpa berfikir panjang terus kejar dan ambil kamu sebelum di langgar oleh kereta. Kamu merengek dengan kuat sebab ketika itu perut kamu lapar. Saya bawa dia balik dalam keadaan dia kelaparan dan kesejukan.

 

Sampai sahaja di rumah, saya terus bagi dia makanan dan minuman. Mandikan kamu dan sediakan tempat untuk kamu tinggal bersama. Saya curahkan kasih sayang saya kepada kamu. Saya namakan dia Omey sebab dia kan comel.

Alhamdulillah sepanjang kamu membesar, kamu tak pernah jatuh sakit. Mudah dan senang sahaja untuk menjaga kamu. Sekarang omey dah besar dia pandai jaga diri, maruah dan dia seekor kucing yang pemalu. Sesuai namanya dengan Omey seekor kucing betina yang comel lagikan pemalu.

Kini dah 5 bulan saya menjaga kamu, moga hubungan kita akan berkekalan sehingga ke akhirat kelak. Semoga kamu sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment