Dia Diberi Gelaran Kucing Paling Garang Seantero Dunia

Garfi adalah kucing kacukan persian, dia adalah seekor kucing berwarna oren dan lebih dikenali sebagai kucing paling garang di dunia. Jika anda melihatnya pasti anda akan teragak-agak untuk menyentuh dan mengusap bulunya, kerana bimbang bakal dicakar atau pun digigitnya.

Mungkin anda pencinta kucing akan menganggap, kucing aku lagi garang daripada si Garfi sebab kucing aku siap bagi flying kick ke muka aku. Tapi cuba bayangkan jika anda tersedar pada pukul 2 pagi melihat dia sedang merenung mata anda, pasti akan menakutkan anda bukan?

Dialah Garfi, satu-satunya kucing yang tak sepatutnya anda mencari gaduh. Dulu waktu Garfi masih kecil, pemilik garfi tidak menyangka Garfi akan memiliki pandangan membunuh yang menakutkan. Tapi kini apabila dia membesar dia memiliki wajah garang selamanya.

Raut wajah Garfi menunjukkan yang dia tak akan berpuas hati dengan apa sahaja yang kamu lakukan, jika diberi makanan dia tak akan berpuas hati dan wajahnya seolah-olah mengutuk tuannya sendiri. Tapi hakikat sebenarnya dia lah kucing yang paling Sweet di dunia, dia pandai bersyukur dan menyayangi tuannya semula. Dia bertimbang rasa terhadap apa sahaja yang bakal dilakukannya.

 

Dia berasal daripada Turkey dan pemilik Garfi bernama Hulya Ozkok, walaupun dia mempunyai pandangan kejam tapi dia sebenarnya seekor kucing penyayang.

Ini wajah Garfi sebelum makan ayam, takut tak?

Garfi nak bermanja je, dia cuba menyorok dalam drawer

Kadang-kadang dia busuk dia nak pergi mandi

Korang tak malu ke tengok dia mandi?

Nampak je macam marah tapi dia happy dapat baju baru

Dapat payung baru tapi tangan Paw

 

Tengah buat apa tu Garfi?

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment