Di Hujung Usia Suami Nekad Untuk Belajar Alquran, Indahnya Hidup Bila Mengenali Allah

Nota Editor: Kisah ini ditulis oleh Puan Mona Din di Facebook tentang kegigihan suaminya belajar membaca al-Quran meskipun sudah berusia. Kini, kehidupan mereka sekeluarga menjadi lebih indah ditemani ayat-ayat al-Quran. Kisah ini juga mengajar kita tiada erti malu untuk belajar memperbaiki diri dan menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik dan umur bukanlah penghalang untuk melakukan semua perkara baik. 

 

Curi-curi candid gambar dia lagi..
Seusai sahur.
My Mr Hubby, saya kagumi you…

Asalnya dulu, Mr Hubby tak pandai langsung membaca Quran. Malah beliau tak dapat pun mengenali sesetengah huruf di mukaddam.

Katanya masa kecil beliau tak berkesempatan ke kelas agama, or kelas mengaji, sebab sering kena tolong bapanya berniaga sayur di market.

Beliau sering bersedih dan rasa rendah diri bila kami sekeluarga membaca Yaasin. Beliau akan duduk jauh dari saya dan anak-anak, membaca seorang diri dengan sangat perlahan.. (hanya saya yang tahu tentang kekurangan itu, anak-anak tidak tahu).

Dan beberapa tahun sudah, sebaik pulang umrah, Mr Hubby memegang tangan saya, air matanya bercucuran, dan dia berkata:

Mama I nak belajar mengaji. I dah cari ustaz datang rumah. I dah lama nak buat, tapi I malu kat U dan anak-anak.. tapi now I nak lawan perasaan malu tu. I dah berdoa depan Kaabah. I dah menangis minta dengan Allah, bagi lah I kekuatan untuk I lawan rasa malu, dan permudahkanlah untuk I, I nak sangat membaca quran..

Saya ingat saya menangis menndengar itu. Saya peluk dia dan kata saya sangat bangga dengan dia, jangan sesekali malu untuk berjuang mencari ilmu, apatah ilmu Allah.

Esoknya saya panggil anak-anak. Saya maklumkan hal itu. Saya explain supaya anak-anak faham abah mereka tidak bernasib baik seperti kita yang lain, yang berkesempatan ke kelas fardhu ain. Saya minta anak-anak bagi sokongan. Jangan sesekali pandang rendah dan memalukan abah. Dan Alhamdulillah, anak-anak sangat memahami..

Dan mulai esoknya, setiap hari, jam 7 pagi, seorang tahfiz muda, bermotosikal, datang ke rumah selama 1 jam mengajar Mr Hubby mengenali muqaddam, seterusnya Al Quran.

Dan mulai hari itu juga saya menyaksikan seorang ‘pelajar’ yang sangat bersemangat. Dia tidak pernah mahu ponteng. Malah jika cikgunya ada hal, tak dapat datang, Mr Hubby akan menghubunginya melalui telefon, dan akan belajar melalui telefon, bergayut di telefon memperdengarkan bacaanya untuk diperbetulkan, selama 1 jam!

Dan setiap waktu senggangnya, dia akan mengulangkaji pelajarannya, dan saya adalah cikgu kedua yang akan membantu mendengar dan membetulkan tajwidnya (Alhamdulillah, saya 12 adik-beradik masa kecil diajar mengaji oleh ayah yang sangat garang. Bacaan Quran kami lengkap dgn ilmu tajwid. Ayah mngajar sambil pegang ranting asam jawa. By the time habis waktu mengaji, luruh semua daun asam jawa dilibas ke badan kami. Kerana itu, sejak dari kecil pun saya dah boleh hafal seluruh Yaasin tanpa perlu merujuk buku untuk membacanya..)

Akhirnya, setelah 6 bulan bertungkus-lumus, Mr Hubby berjaya khatam Quran.

MasyaAllah, mulai saat itu, saya memiliki Mr Hubby yang baru. Yang hidupnya mula diselimuti ayat-ayat Quran. Bukan saja di rumah, malah di dalam kereta, hanya ayat-ayat Quran yang dipilih menemani dan menjadi halwa telinganya.

Saya sangat bersyukur. Saya ditunjukkan Allah kebesaranNya. Apabila Allah mahu memberi hidayah… dan Mr Hubby adalah antara orang-orang yang beruntung, yang dipilih Allah.

Alhamdulillah.

Sumber: THEVOCKET

Add Comment