Datang Rumah Aku Selalu Buli Kucing Aku, Tiba Tiba Ternampak Dia Muntah Akibat Keracunan

KISAH JAGUAR SI KUCING LIAR

Kucing hitam ini namanya Jaguar seekor kucing liar yang suka berlegar-legar kat kawasan perumahan tempat aku tinggal. Jaguar adalah seekor kucing hitam jantan yang sangat berani. Mempunyai badan yang besar dan tegap.

Semua kucing liar dan anjing liar di kawasan perumahan aku tinggal takut akan dengan Jaguar. Sebab tu aku panggil dia Jaguar. Abang kawasan tau tak. Ramai juga penduduk perumahan tu tak ngam dengan si Jaguar sebab si Jaguar ni selalu attack anjing-anjing belaan kawasan perumahan tu. Mostly kawasan perumahan aku ni chinese dgn indian. Sbb tu ramai bela anjing.

Aku pun tak suka dengan Jaguar sebab dia pernah datang rumah kacau kucing aku yang lain. Suatu hari Jaguar kena racun. Tubuh Jaguar terkulai layu di depan pintu pagar rumah aku. Mula-mula tu rasa nak abaikan. Tapi atas dasar tanggungjawab dan perikemanusiaan aku tolong jaguar. Aku tak sampai hati tengok jaguar muntah-muntah.

Aku buat cara kampung bagi jaguar minum air beras untuk buat jaguar muntah semua racun-racun tu. Selepas tu aku bawa Jaguar pegi klinik. Atas usaha aku tu Jaguar selamat. Dalam beberapa hari tu Jaguar tinggal dalam rumah aku dan tak pernah bergaul dengan kucing lain. Aku nak sentuh pun tak boleh. Bagi makan macam tu je lah.

Bila dah sihat sepenuhnya, Jaguar pergi macam tu je. Aku buat macam biasalah. Sejak tu jaguar tak pernah muncul lagi kat perumahan tu.

Suatu hari aku dan adik aku main basikal mengelilingi kawasan perumahan tu. Tanpa di duga 3 ekor anjing liar kat kawasan tu buat perangai kejar aku dan adikku. Masa tu juga Jaguar tiba-tiba muncul dan serang 3 ekor anjing tu. Kami sempat melarikan diri tapi tak tahu macam mana nasib Jaguar.

Malam tu aku perasaan Jaguar datang rumah sambil jalan terhenjut-henjut. Mungkin kesakitan semasa berlawan dengan 3 ekor anjing liar tu. Malam tu Jaguar berkelakuan pelik. Dia tak marah kalau aku sentuh dia. Aku rawat luka Jaguar. Balut luka Jaguar lepas tu bagi dia makan dan minum.

Tapi keesokannya Jaguar berubah semula. Dia marah kalau orang sentuh dia. Tapi aku tahu Jaguar kucing yang baik. Aku layan Jaguar macam biasa. Bagi makan minum. Sejak tu Jaguar tinggal dengan kami tapi dia tak masuk rumah. Dia cuma duduk kat luar rumah. Kadang-kadang tido atas pagar rumah. Dia macam jadi security rumah. Mengawasi kawasan rumah.

Image may contain: food

Hari-hari berlalu seperti biasa dan Jaguar tetap dengan sifatnya. Setia mengawasi kawasan rumah 24jam. Tak pernah masuk dalam rumah seperti kucing-kucingku yang lain. Ketika aku keluar pergi kedai, Jaguar akan mengekoriku dari jauh. Ketika aku keluar bersenam, Jaguar mengekori aku dari belakang. Ketika aku pulang daripada kerja, Jaguar sentiasa setia menanti aku di depan pintu pagar rumah sambil mengiau-ngiau gembira melihat aku kembali.

Semakin hari perasaan sayang semakin bertambah untuk si Jaguar. Jaguar hilang sekejap aku akan panik sambil memanggil-manggil si Jaguar. Akhirnya aku berjaya menarik hati Jaguar. Aku insan beruntung kerana hanya aku yang boleh menyentuh Jaguar. Hanya aku yang boleh membelai tubuh Jaguar.

Orang lain di dalam rumah itu tidak pernah menyentuh Jaguar sebab Jaguar tak bagi. Jaguar akan marah kalau orang lain selain aku menyentuh tubuhnya.

Suatu hari ketika bangun waktu pagi, aku melihat tubuh Jaguar yang sudah tidak bernyawa terkulai layu di depan keretaku.Mulut Jaguar berbuih. Saat itu juga aku melihat seekor ular tedung hitam yang sudah mati berada tidak jauh dari tubuh Jaguar.

Aku meraung menangis memanggil nama Jaguar sampai orang-orang di dalam rumah keluar. Aku memeluk tubuh Jaguar yang sudah tidak bernyawa itu. Ibu, ayah dan adik juga menangis melihat Jaguar yang sudah tidak bernyawa.

Jaguar telah selamatkan kami pada hari itu. Entah bagaiamana sekiranya Ular tedung itu berjaya masuk ke dalam rumah atau mungkin ular tedung itu ingin masuk ke dalam enjin keretaku. Aku sedih sangat dengan pemergian Jaguar. Pengorbanan Jaguar sungguh besar sekali.

Aku berterima kasih kerana Allah meminjamkan Jaguar sekejap dengan aku. Aku bersyukur kerana Allah bagi kesempatan untuk aku membelai dan memberikan kasih sayang kepada seeokor kucing liar yang ku beri nama Jaguar. Walaupun Jaguar telah pergi, tetapi Jaguar akan tetap tersemat di dalam hatiku untuk selama-lamanya.

TERIMA KASIH JAGUAR HEROKU.. AKU AKAN SENTIASA MERINDUI JAGUAR. TENANGLAH KAU DI ALAM SANA JAGUAR.

*Hanya gambar ini yg ada untuk tatapan bersama. JAGUAR si kucing liar.

By,
~ Kucing Hitam ~

Add Comment