Dah Pecahkan Barang Boleh Pulak Dia Buat Muka Tak Bersalah

Adakah anda seorang pencinta kucing yang membela kucing? Adakah anda sayang pada kucing anda yang comel itu? Sudah tentulah sayangkan, kalau tak sayang dah lama tak bela.

Namun, sayang terhadap kucing berbeza dengan sayang kepada manusia. Kalau manusia buat salah kita boleh tangan-tangankan  untuk beri amaran, tapi kalau kucing yang buat salah mustahil untuk mengajar haiwan jangan ulangi kesilapan mereka. Cuba anda bayangkan jika kucing anda buat kesalahan besar yaitu pecahkan TV atau Pasu, apakah tindakan yang anda akan lakukan kepada mereka?

Seorang ahli group Kelab Pencinta Kucing Malaysia berkongsi kisah bagaimana kucingnya menjadi kucing derhaka dengan memecahkan barangan berharga dalam rumahnya.

Image may contain: food

Kucing kesayangannya bernama Omey telah mencatatkan rekod baru memecahkan barang perhiasan dapur yaitu sejenis buah rumbu di dalam bakul sewaktu pagi hari. Daripada sebakul penuh buah rumbu kini hanya tinggal 3 biji  buah rumbu di dalam bakul. Semuanya berpunca daripada Omey bermain kejar-kejar dengan kucing jantan(oyen). Namun yang lagi menyakitkan hati sudah lah pecahkan barang lepas tu buat muka tak bersalah seolah-olah tiada kesalahan yang telah dilakukannya.

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Ini pula adalah muka dia meminta maaf di pagi hari, nampak macam mangsa yang tak bersalah kan? Dia datang macam ni sebab ummie tak nak layan dia atas kesalahan yang dia lakukan. Kebiasaannya mana ada pagi-pagi nak duduk diam macam lebih-lebih lagi kalau perut dah kenyang.

Image may contain: cat

Kalau anda menjadi mangsa kenakalan kucing, apakah hukuman terbaik untuk mendenda kucing anda?

Sumber: FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

 

Add Comment