Comel, Kucing Bermain Salam Tangan

Kucing, tidak pernah berhenti membawa keriangan dalam hidup kita. Tidak kira anak kucing ataupun kucing yang dewasa, lahirnya mereka tenyata membawa makna dalam kehidupan.

Dalam video di bawah, seekor kucing bosan bermain seorang diri. Dia hanya terbaring tanpa melakukan apa-apa.

Akan tetapi, kebosanan kucing ini telah menarik perhatian kawannya untuk mengganggu.

Apabila kucing tersebut mendekati kucing yang kebosanan, mereka menyambut dengan gaya tersendiri dan penuh kegembiraan.

Pandai betul kucing ini ya! Kalau manusia berjumpa kita akan saling bersalam, tetapi anda perlu lihat gaya kedua-dua kucing ini apabila bertemu.

Hampir 10 saat kedua-dua kucing ini bercakaran manja dan kemudian masing-masing membawa haluan lain.

Jangan lepaskan peluang menonton video comel ini. Anda tidak akan bosan malah akan mengulanginya beberapa kali.

Mungkin selepas ini, anda boleh mencubanya bersama kucing anda.

Sumber: ERA BARU

Add Comment