Comel… Anak Anjing Laut Kenyitkan Mata Apabila Lelaki Ini Cuba Mengambil Gambarnya

Tiga ekor anak anjing laut yang comel dari Kanada telah menambat hati semua dengan gaya dan aksi mereka yang melucukan apabila bergambar.

Anak-anak anjing laut baka Harp ini baru berusia beberapa hari, sedang meluangkan masa menunggu ibu mereka pulang dari berburu semasa gambar aksi menarik dan melucukan berjaya diambil.

Masing-masing dengan aksi dan gaya yang tersendiri. Seekor anak anjing laut dengan gaya mengenyit mata, seekor lagi dengan gaya sambil berbaring dan seekor lagi dengan gaya sayu memandang lensa kamera.

Gaya mengagumkan dari anak-anak anjing laut yang comel ini telah dirakamkan oleh Gunter Riehle, seorang jurufoto yang sangat bertuah kerana telah bertemu dengan sekumpulan anak anjing laut ini di Pulau Madeleine di Quebec, Kanada.

Tiga ekor anak anjing laut yang sangat berkeyakinan telah beraksi comel dan lucu dalam foto yang diambil di Pulau Madeleine di Quebec, Kanada

Anak anjing laut Harp ini baru berusia beberapa hari tetapi telah pandai bergaya dengan aksi ini sambil menunggu ibu mereka pulang dari berburu

Anak anjing laut akan dijaga oleh ibu mereka selama 12 hari dan selepas itu, mereka akan dibebaskan untuk hidup sendiri

Gunhter Riehle yang berusia 52 tahun berkata, anak anjing laut cilik ini langsung tidak takut kepada manusia dan mereka telah menghabiskan masa selama sejam bersama Gunther dalam sesi fotografi tersebut.

Jurufoto ini berkata, walaupun anak anjing laut ini tidak pernah melihat manusia sebelum ini, ia tidak langsung mempunyai rasa takut dengan kehadirannya.

Gunther berkata, “Anak-anak anjing laut ini sedang menunggu ibu mereka pulang dari berburu dan akan memberi mereka makan dalam masa setiap 2 jam.”

Katanya lagi ,”Nampaknya mereka hanya mahu menghabiskan masa sambil berseronok dengan bermain di dalam salji dan tidur. Apabila manusia mendekati dengan mengusap perut mereka, anak anjing laut ini menjadi keliru dengan rasa ingin tahu jikalau saya ini ibu mereka.”

Anak anjing laut Harp tidak pernah melihat manusia sebelum ini, tetapi dengan gelagat peramah dan ceria, mereka bersedia untuk diambil gambar

Anjing laut Harp berupaya meluncurkan diri dengan laju di atas ais dan mampu berenang sedalam 270 meter di dalam laut

Ibu anjing laut muncul dari lubang air, menjulurkan kepalanya sambil melihat anak-anaknya yang sedang menunggu makanan dari ibu mereka

Gunther berkata, kelakuan anak anjing laut ini seperti manusia. Ada yang pemalu, ada yang agresif dan ada yang sangat bersahaja dengan sifat ingin tahu dan peramah. Ibu mereka biasanya berada di dalam lubang air. Seekor daripadanya telah datang kepada Gunther dan menghidunya.

Kata Gunther, “Saya sukakan haiwan ini. Ia sangat comel. Saya telah datang ke sini sebanyak dua kali. Saya bercadang untuk datang lagi ke sini lagi pada tahun hadapan. Setiap hari adalah hari dan situasi yang berbeza apabila menghadapi mereka. Ia tidak pernah membosankan.”

Jurufoto Gunther Riehle berkata anak anjing laut ini sangat berkeyakinan. Seekor daripadanya telah datang dan menghidunya

Anjing laut mempunyai deria penglihatan dan pendengaran yang sangat tajam. Tetapi deria baunya tidak berapa sensitif

Anak anjing laut akan diberi makan oleh ibunya setiap dua jam. Selepas dijaga oleh ibunya dan diberi makan, ia akan berdiet dengan pelbagai jenis ikan termasuk ikan kap

Selepas anjing laut membesar, anjing laut jantan akan melakukan ritual biasa mereka termasuk memanggil, mengeluarkan buih, membuat isyarat tangan dan mengejar anjing laut betina di atas ais

Sumber: ERA BARU

Add Comment