Comel Aksi Anak Panda Bertinju Dengan Orang Salji Berjaya Dirakam

Panda yang comel ini yang dikenali sebagai Da Mao kelihatan sedang bermain dengan orang salji di kandangnya di Zoo Toronto, Kanada.

Dan bukan kali pertama Da Mao telah tular di internet selepas video lain dia bermain di salji telah menarik perhatian ramai warga internet pada bulan Februari lepas.

Pada awal klip video, ia melompat dan mencakar orang salji

Da Mao cuba untuk memanjat di atas orang salji, tetapi secara tidak sengaja menjatuhkan kepala orang salji tersebut

Ia cuba memanjat kembali ke atas orang salji dan terjatuh berguling-guling di atas salji

Da Mao telah tinggal di Zoo Toronto sejak Mac 2013 selepas tiba dari China dengan pasangannya Er Shun.

Er Shun mempunyai dua ekor anak pada tahun lepas, Jia Panpan (Canadian Hope) dan Jia Yueyue (Canadian Joy).

Mereka adalah anak panda gergasi pertama yang dilahirkan di Kanada.

Video keletah comel Da Mao telah mencecah 479,000 tontonan.

Tonton video keletah comelnya di bawah:

Sumber: ERA BARU

Add Comment