Cara Memandikan Kucing Anda Dengan Betul, Cepat Dan Menyeronokkan

Bahan yang diperlukan sebelum memandikan kucing adalah
– Syampoo Kucing
– Pemotong Kuku Kucing
– Tuala
– Pemberus

1. Bersihkan dan potong kuku kucing sebelum memandikannya, ianya dapat mengelakkan anda daripada terluka akibat tindakan kucing yang memberontak ketika mandi

2. Berus/ Sikat bulu kucing. Membantu mengeluarkan habuk dan bahan asing di badan nya

3. Kucing lebih suka mandi di dalam sinki daripada mandi di tab mandi. Keadaan sinki yang kecil membuatkan sinki itu seolah2 tab mandi padanya

4. Kering kan kucing dengan tuala kering selepas memandikannya, gunakan pengering rambut jika perlu (untuk kucing yang tidak biasa, ia akan ketakutan dengan bunyi mesin pengering rambut). Jangan ambil cara mudah dengan menyidainya di ampaian

DIbawah adalah video cara memandikan kucing dengan betul

Like LENTERA EMAS

 

 

Add Comment