Capaian 4G Malaysia kalahkan negara maju

KUALA LUMPUR: Capaian 4G di Malaysia adalah lebih pantas berbanding negara maju seperti New Zealand dan Perancis, jelas laporan Pencapaian LTE yang diterbitkan OpenSignal.

Laporan itu turut menyebut purata capaian 4G Malaysia juga adalah lebih baik berbanding negara berpendapatan tinggi seperti Brunei dan Arab Saudi dan negara Eropah barat seperti Jerman dan Ireland.

Manakala dalam kalangan negara Asean menunjukkan kadar capaian 4G di Malaysia adalah lebih baik berbanding Indonesia, Kemboja, dan Myanmar.
Berikut adalah dapatan keseluruhan oleh OpenSignal yang melibatkan 28 bilion ukuran terhadap lebih empat juta peranti.

apatan menunjukkan 4G di Malaysia adalah lebih pantas berbanding negara berpendapat besar seperti Brunei, Arab Saudi dan negara eropah barat seperti German, dan Ireland.

Sementara itu laporan yang diterbitkan OpenSignal Oktober tahun lalu menunjukkan Maxis sebagai telco yang menyediakan kelajuan 4G terpantas, dengan purata kelajuan muat turun sebanyak 23.6-Mbps, iaitu 3 Mbps lebih pantas berbanding YES, pesaing terdekatnya.

Laporan berkenaan turut menunjukkan pengendali di Malaysia masih mempunyai banyak ruang untuk menaiktaraf perkhidmatan.

Sumber:  ASTRO AWANI

Add Comment