Cantiknya… Haiwan Ini Mengalami Penyakit Kulit Atau Pun Albino Yang Menyebabkan Kulit Mereka Menjadi Putih

Albino berasal daripada perkataan latin (Albus yang bermaksud putih), ia juga disebut sebagai Hypomelanism. Ia merupakan kelainan genetik, di mana tubuh tidak dapat menghasilkan pigmen melanin (sebagai pelindung kulit daripada cahaya matahari).

Albino mengakibatkan seluruh bahagian tubuh badan, mata dan rambut menjadi putih, namun ada setengah kes hanya beberapa bahagian sahaja berwarna putih.

Ia bukan hanya terjadi kepada manusia, namun kelainan genetik ini juga terjadi kepada haiwan. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi kepada haiwan.

Buaya putih yang sangat jarang ditemui

Rusa putih yang sangat cantik!

Paus putih yang unik!

Kita semua tahu burung merak merupakan haiwan yang sangat unik dan cantik. Burung merak juga dikenali dengan memiliki bulu ekor yang sangat indah. Ada sesetengah budaya menganggap burung merak sebagai simbol keanggunan dan keindahan.

Burung merak memiliki pelbagai spesies dengan kombinasi warna yang berbeza. Namun, hanya burung merak jantan yang dapat mengembangkan bulu ekornya. Burung merak betina tidak dapat mengembangkan bulunya kerana burung merak betina memiliki ekor yang pendek.

Walaupun burung merak albino tidak memiliki warna yang menarik tetapi ia mempunyai keunikan yang tersendiri.

Keunikannya adalah apabila ia mengembangkan bulu ekornya. Putih seperti salju!

Sumber: ERA BARU

Add Comment