Cantik Bab Model… Kucing Ini Mampu Mengalahkan Mira Filzah Dalam Pertandingan Fesyen

Inilah Maru, seekor kucing daripada Scotland yang sangat terkenal di dunia media sosial. Berusia 9 tahun, Maru telah berjaya menambat hati ribuan manusia yang melihat gelagatnya di dalam YouTube.

Di samping itu, Maru juga adalah salah seorang pemegang rekod dunia Guinness bagi kategori video haiwan yang paling banyak di tonton di YouTube. Apa agaknya yang menjadikan Maru sungguh istimewa dan mempunyai begitu banyak pengikut?

Ia adalah kerana gelagat Maru yang gemar bermain dengan kotak sering dirakam dan video terbaru Maru juga tidak kurang hebatnya!

Dalam video tersebut, pemilik Maru telah membuat satu kotak kecil dengan lubang pada belakang kotak tersebut. Pada lubang tersebut, pemilik Maru telah membuat pelbagai fesyen rambut palsu.

Dipendekkan cerita, Maru telah diperdaya untuk memasuki kotak tersebut dan di situ, terpampanglah wajah baharu Maru dengan rambut palsunya.

Maru juga kelihatan sangat bergaya dengan kesemua rambut palsu tersebut. Daripada rambut panjang ke pendek dan juga kerinting, Maru kelihatan sangat comel!

Lihatlah gambar-gambar dan videonya yang telah mencuri hati ramai manusia!

maru5

maru4

maru3

maru2

maru7

Sumber: ERA BARU

Add Comment