Burung Ini Menyesal Kerana Cuba Menyelamatkan Kucing Yang Terkurung Di Dalam Kotak

Bagi yang telah menonton video ini pasti bersetuju jika dikatakan video ini antara video yang paling lucu.

Seekor burung kelihatan sedang berusaha membuka sebuah bekas yang bertutup. Apabila bekas itu berjaya dibuka, kelihatan seekor kucing di dalamnya.

Dia kemudian mengintai-intai kucing tersebut dan membuatkan kucing itu cuba mencakarnya. Reaksinya selepas dicakar itu cukup melucukan dan pasti akan membuatkan anda tergelak besar.

Tonton video di bawah untuk melihat reaksi spontan burung itu, hari anda pasti akan ceria selepas menonton gelagatnya!

Sumber:  ERA BARU

Add Comment