Bos Saya Nak Minta Makanan, Kucing Ini Menggunakan Isyarat Jika Mahu Sesuatu

Bagi anda yang memiliki kucing anda pasti tahu bahawa mereka akan berbunyi jika mereka mahukan sesuatu, makanan contohnya. Jadi, memandangkan anda sudah tahu apa yang mereka mahukan senang lah untuk anda melayan mereka.

Lain pula bagi kucing ini kerana tuannya mempunyai masalah pendengaran. Dia tahu jika dia mengeluarkan bunyi sekalipun tuannya tidak akan mendengar suaranya. Jadi, dia telah melakukan sesuatu yang agak unik. Dia telah belajar menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan tuannya. Bunyinya macam mustahil tetapi kucing ini cukup bijak untuk melakukannya!

Perhatikan bagaimana kucing ini membuat bahasa isyarat supaya pemiliknya tahu apa yang dia minta. Dia juga mengetuk kaki di mulutnya sebagai isyarat apabila dia mahu makanan yang lebih banyak. Jika kucing lain mengeluarkan bunyi untuk mendapatkan sesuatu, kucing ini pula menggunakan bahasa isyarat, luar biasa!

Sumber: ERA BARU

Add Comment