Bom Dilepaskan Ketika Umat Islam Sedang Bersolat Jumaat Di Masjid, Lebih Daripada 235 Orang Maut

KAHERAH 24 Nov. – Angka kematian insiden letupan bom di Masjid al-Rawdah di bandar Arish, Mesir meningkat kepada 235 orang, lapor stesen televisyen tempatan.

Menurut sumber rasmi tempatan, sebutir bom diletupkan di kawasan masjid yang penuh sesak dengan orang ramai yang hadir menunaikan solat Jumaat.

Image result for Masjid Al-Rawdah mesir

Dan ketika mereka yang terselamat cuba untuk menyelamatkan diri, sekumpulan lelaki dipercayai anggota kumpulan pengganas melepaskan tembakan secara melulu kepada orang ramai.

Pengganas Daesh yang disyaki bertanggungjawab atas serangan itu menyerang Masjid Al-Rawdah yang terletak di Bir al-Abed, dekat El-Arish, semasa jemaah khusyuk mendengar khutbah.

Image result for Masjid Al-Rawdah mesir

Mangsa terdiri daripada orang awam dengan laporan menyebut pengganas meletupkan bom semasa khutbah dibacakan sebelum menembak rambang ke arah jemaah yang sedang bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Pihak keselamatan menjangkakan angka kematian mungkin meningkat lebih tinggi. – REUTERS/AFP

Add Comment