Betulkah Kucing Termenung Bermakna Mereka Sedang Bersedih?

APA YANG KUCING INI SEDANG FIKIRKAN

Ketika saya nak memulakan kerja memilih pakaian utk digantung di projek sedekah jariah didepan rumah saya, tiga ekor kucing peliharaan saya kelihatan termenung di atas bungkusan kain. Lihatlah gambar.Dalam hati saya bertanya satu soalan,agaknya kucing-kucing sedang memikirkan apa? Siapa boleh agak.

Image result for kucing atas kain

Kucing dan binatang lain hanya menjalani hidup mengikut arus dan sunatullah yg ditentukan oleh Allah dalam hidup mereka.Apa yg mereka fikir dan usahakan hanyalah untuk makan dan tidur,beranak dan jaga anak,bermain.Mereka tidak berfikir soal ibadat,soal keimanan,soal akhirat.Jadi jika manusia hanya berfikir untuk bekerja,mencari makan, berhibur,mengumpul harta,apalah beza mereka dg haiwan ciptaan tuhan.

Related image

Yg membezakan manusia dengan haiwan itu ialah kemampuan manusia berfikir bukan shj utk hidup tetapi untuk menghadapi alam selepas mati,berfikir utk beribadat, memahami alam ciptaan tuhan ini.Jadi kita kena guna fikiran melampaui dari hanya utk cari makan supaya taraf kita lebih tinggi dari kucing peliharaan dirumah.

Firman Allah “Dan Dia lah yang membuat segala yang di langit dan segala yang di bumi tunduk kepadamu. Itu semua dari Allah. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasan Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir. (Surat Al-Jasiyah: 13)Jelas ayat ini menerangkan berapa Allah menyuruh kita berfikir kpd ciptaanNya dilangit dan bumi yg di tundukkan atau dimudahkan utk manusia.

Maka kita kena berfikir pada setiap perkara yg melintasi mata dan fikiran kita.Akhirnya kita kita akan menemui kebesaran Allah di penghujungnya.Allah yg mengaturkan dg sempurna.Seperti kucing diberikan sifat manja,cantik gebu,tak jemu memandang,rasa nak pegang,nak tatang,supaya ia boleh hidup serumah dg manusia.Diberikankan juga sifat memburu tikus,sifat boleh berkongsi sebahagian makanan manusia,bersih bulunya dsbnya.Semuaini diatur oleh pencipnya iaitu Allah.

Bila selalu berfikir kpd apa yg ada dikeliling kita dan menemui kebesaran Allah,maka sedikit demi sedikit iman dan ketakwaan akan terbina dan terus terbina dari kekaguman kekuasaan Allah yg mengaturkan.Kita selalu mendengar slogan lagu kamu seperti mana kamu fikirkan,maka apa yg fikirkan,itulah yg akan membentuk dan mengarah diri kita.Jika kita sering menemui kebesaran Allah dlm pemikiran kita maka keimanan kita akan terus bertambah dan diri kita akan merendah kpd kebesaran Allah.Itulah natijahnya mengapa Allah menyuruh kita berfikir kpd penciptaanNya yg dilangit dan di bumi.

Seimbangkanlah apa yg difikir untuk hidup dg apa yg difikir untuk mengadap Allah.Allah menyebut tidak sia-sia tiap suatu yg Aku jadikan,maka setiap apa yg berlaku kpd kita. terlintas pd mata kita kita,dikeliling kita,ada hikmahnya untuk difikirkan.Allah menyuruh kita berfikir.Dan ingatlah berfikir kearah untuk berbuat baik itu lebih baik dari solat sunat yg berpuluh rakaat.Mulakan berfikir mencari kebesaran Allah.abdghaniharon.

Catatan: Terlewat pos hari ini.Saya gagahkan diri menulis dari katil hospital sultan abd halim sg.petani.Masuk wad jam 3 pagi tadi kerana masalah jantung.Doakanlah saya.

Sumber: AbdGhaniHaron

Add Comment