Bayi Merangkak Lagi Nyaris Dilanggar Mati Di Vietnam

Viral di media sosial rakaman video dashcam yang menunjukkan pemandunya nyaris terlanggar seorang bayi yang merangkak di tengah jalan raya.

Video yang dimuat naik oleh Phuc Truong, warga Vietnam berkata kejadian itu berlaku pada 13 Mac lalu ketika dia dalam perjalanan ke destinasi sebelum ternampak bayi berkenaan.

Sebuah lori di lorong kanan terdahulu memberhentikan kenderaannya kerana bimbang merempuh bayi yang dipercayai berusia setahun itu.

Bayi yang masih tidak faham erti bahaya itu hanya memandang kereta yang datang ke arahnya sebelum meneruskan perjalanan ke tembok jalan tersebut.

Tidak beberapa lama kemudian, datang seorang wanita yang dipercayai ibunya memanjat tembok tersebut dan terus mengambil anaknya pulang ke rumah.

Posted by Yeah1 Video on 13hb Mac 2018

Difahamkan, si ibu baru saja keluar dari rumahnya untuk bekerja. Namun tidak dinyatakan bagaimana bayinya keluar dari rumah, merangkak ke arah jalan untuk mencari ibunya.

Sementara itu di media sosial, netizen mendakwa si ibu terbabit cuai dan tidak bertanggungjawab sehingga berlaku kejadian yang tidak diingini dan hampir saja meragut nyawa anaknya.

Sumber: THE REPORTER

Add Comment