Bayi Duyung Dilahirkan Di India Hanya Mampu Hidup 4 Jam

NEW DELHI – Seorang wanita melahirkan ‘bayi duyung’ kedua direkodkan di India, namun malangnya anak itu meninggal dunia empat jam kemudian tanpa dapat dikenal pasti jantinanya.

Bayi yang tidak dinamakan itu bercantum dari pinggul hingga ke kakinya akibat keadaan pelik dikenali sebagai sirenomelia atau ‘sindrom duyung.’

Ibunya Muskura Bibi, 23, melahirkan bayinya pada pagi Rabu lalu di hospital kerajaan di Kolkata, timur India.

Disebabkan miskin, Muskura tidak mampu melakukan sebarang imbasan sepanjang kehamilannya dan hanya tahu keadaan anaknya selepas melahirkannya.

Pakar kanak-kanak hospital itu, Dr Sudip Saha berkata: “Mereka terlalu miskin dan tidak mampu mendapatkan rawatan diperlukan sepanjang si ibu hamil.

“Selain itu, kekurangan nutrisi serta aliran darah yang tidak sempurna daripada ibu ke bayi dikandung juga mampu menyebabkan kecacatan ini.

“Ini kali pertama saya melihat keadaan seperti ini. Bahagian badannya sempurna, tetapi dari pinggang ke bawah bercantum, malah bahagian bawah badannya langsung tidak terbentuk,” katanya.

Sindrom duyung dipercayai dialami satu dalam setiap 60,000 hingga 100,000 kelahiran. Pada 2016, seorang wanita dari Uttar Pradesh, utara India, melahirkan bayi duyung pertama negara itu yang hanya hidup 10 minit.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MYNEWSHUB

Add Comment