Bangau Jantan Ini Akan Terbang 13000 Km Setiap Tahun Untuk Berjumpa Isterinya Yang Cacat

Pada setiap bulan Ogos, seekor burung bangau jantan bernama Klepetan akan meninggalkan pasangannya, Malena untuk bermigrasi ke Afrika Selatan. Malena tidak dapat terbang bersamanya kerana sayapnya tercedera pada 22 tahun lalu akibat diburu. Jadi, Malena akan sabar menunggu pasangannya di sarang mereka. Klepetan yang juga setia turut pulang ke sarang berjumpa Malena pada setiap bulan Mac selama 15 tahun!

Stjepan Vokić, seorang bekas penjaga sekolah bertindak menjaga Malena sewaktu ketiadaan Klepetan. Pasangan burung tersebut membina sarang mereka di atas bumbung rumahnya di sebuah perkampungan kecil Brodski Varoš, Croatia.

Lelaki itu mengesahkan bahawa terdapat burung yang sama iaitu Klepetan yang akan pulang pada bulan Mac. “Ia akan datang ke baldi ikan yang kosong kerana saya tidak menjangkakan ia akan pulang. Kemudian, ia akan ke sarangnya seperti setiap tahun berikutnya”, jelas Vokić kepada Total Croatia News.

Saban tahun, seekor bangau jantan bernama Klepetan terbang sejauh 13,000 km untuk pulang ke pangkuan pasangannya, Malena

Malena tidak dapat mengikut pasangannya bermigrasi kerana tercedera ketika diburu pada 22 tahun yang lalu

Jadi ia akan sabar menunggu Klepetan pulang ke sarang mereka di Croatia

Stjepan Vokić, seorang bekas penjaga sebuah sekolah bertindak menjaga Malena semasa ketiadaan Klepetan

Pasangan bangau ini membesarkan anak-anak mereka

“Ia akan terus ke baldi ikan yang kosong kerana saya tidak menjangkakan bahawa ia akan pulang”

“Dan kemudian akan pulang ke sarang seperti tahun-tahun sebelumnya”

Kisah cinta kedua-dua bangau ini amat mengharukan, ia menandakan betapa dalamnya cinta dan setia bangau jantan terhadap pasangannya yang tercedera dan tidak mampu menemaninya bermigrasi ke tempat jauh.

Lihat video mereka di bawah :

Era Baru

Add Comment