Baiknya Dia Menjaga Adik Dia Yang Sedang Tidur

Anjing yang diberi nama Chiko ini pernah terkenal suatu masa dahulu apabila aksinya yang suka menonton televisyen menarik perhatian ramai.

Kini, sekali lagi gelagat Chiko mendapat perhatian netizen apabila aksinya mendodoikan seorang bayi tular di media sosial. Dia nampaknya begitu bijak dalam mendodoi buaian bayi tersebut sehingga membuatkan bayi kecil itu tertidur.

Video yang menunjukan gelagat pintar anjing itu telah dimuat naik oleh tuannya, Olesia Kuzmychova, seorang warga Ukraine yang menetap di Hong Kong di akaun Instagram Chiko.

Menurut Olesia, bayinya yang baru berusia lapan hari itu telah dijaga dengan baik oleh Chiko.

Chiko juga dilihat tidak boleh berenggang dengan bayinya dan nampaknya mereka berdua seolah-olah mempunyai sebuah ikatan yang istimewa.

Chiko sebelum ini mendapat perhatian ramai dengan gelagatnya yang asyik menonton Netflix selama berjam-jam. Tidak hanya itu, Chiko juga pandai mengambil air dari peti sejuk dengan sendiri selain dia juga boleh melukis.

Lihat video di bawah:

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment