‘Awak Pinjam Ketiak Jap, Saya Ngantuk Nak Tidur Ni’

Jika di dalam sebuah rumah ada haiwan peliharaan yang berlainan spesies, pasti tuan rumah berhadapan dengan situasi yang sukar untuk mengendalikan mereka pada satu masa yang sama. Keadaan ini turut dialami oleh seorang pemilik haiwan yang telah memutuskan untuk memelihara kucing dan anjing di dalam rumahnya.

Pada awal kehadiran Lang Jun (ibu kucing) dan Black (anjing) di dalam rumah ini, mereka saling tidak bertegur sapa malah melakukan hal masing-masing. Ternyata itu bukanlah situasi yang dimahukan oleh tuan mereka dan disebabkan itu, setiap ahli keluarga yang lain memantau pergerakan dan cuba merapatkan hubungan dua ekor haiwan peliharaan yang berlainan spesies ini.

Pelbagai cara mereka gunakan untuk menghapuskan permusuhan antara Lang Jun dan Black yang dilihat sejak awal perkenalan mereka. Nampaknya usaha mereka sekeluarga berhasil dan disebabkan “hidup untuk masa yang lama”, hubungan antara kedua-dua haiwan ini bertambah baik dan seolah-olah telah berubah daripada musuh menjadi kawan.

Semakin hari hubungan Lang Jun dan Black semakin baik, malah mereka dilihat bersama-sama ke mana sahaja. Makan bersama, main bersama, tidur pun bersama!

Walau bagaimanapun terdapat tindakan Lang Jun yang membuatkan Black tidak mampu melakukan apa-apa sehingga menyebabkan tuan mereka tergamam melihat situasi tersebut.

Lang Jun gemar tidur bersama Black tetapi kali ini ia tidur di atas lengan Black. Kelihatan Lang Jun begitu nyenyak tidur kerana ia sedikit pun tidak terganggu apabila Black menguap besar!

Black menguap untuk kali kedua namun Lang Jun tetap tidur seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ia hanya mengangkat kepalanya seketika kemudian menyambung tidur semula.

Lihatlah betapa eratnya si comel itu memeluk lengan si gagah seperti tidak mahu melepaskannya.

Akhirnya Black hanya membiarkan sahaja Lang Jun tidur dilengannya. Ternyata Black tidak sanggup membangunkan Lang Jun dan lebih sanggup bertahan pada posisi yang sama. Tindak Black ini sama seperti suami yang tidak sanggup membangunkan isteri apabila isteri tidur dilengan mereka, malah suami sanggup bertahan pada posisi yang sama biarpun sepanjang malam!

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment