‘Awak Bangunlah Tak Nak Berbuka Puasa Ke?’- Kucing Kejutkan Lelaki Ini Ketika Azan

Seekor kucing di mekah telah bertindak untuk membangunkan seorang lelaki ketika azan berkumandang

Sedangkan kucing pun tahu waktu azan apatah lagi kita manusia kan?

Mari kita mendengar pula kelebihan bagi makan pada orang berpuasa

Apa kelebihan kita bagi makan orang yang berpuasa (iftar)? Pertama sekali kita memang cukup tahu bulan ramadhan adalah kesempatan yang terbaik untuk kita beramal bulan Ramadhan adalah kesempatan untuk menuai pahala. Banyak amalan yang boleh dilakukan ketika itu agar kita dapat menuai ganjaran yang luar biasa. Dengan memberi sesuap nasi, secawan teh, secuil kurma atau snack yang menggiurkan, itu pun sudah cukup untuk membina ladang pahala. Maka kenapa kita tidak mahu merebut peluang itu?

Inilah janji pahala yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebutkan,

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

Al Munawi rahimahullah menjelaskan bahawa memberi makan buka puasa di sini boleh jadi dengan makan malam, dengan kurmadan kalau tidak mampu dengan seteguk air pun boleh. Ath Thobari rahimahullah menerangkan, “Barangsiapa yang menolong seorang mukmin dalam beramal kebaikan, maka orang yang menolong tersebut akan mendapatkan pahala yang yang sama seperti orang yang beramal kebaikan tadi. Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, memberi khabar bahawa orang yang mempersiapkan segala perlengkapan perang bagi orang yang ingin berperang, maka ia akan mendapatkan pahala berperang. Begitu pula orang yang memberi makan buka puasa atau memberi kekuatan melalui bekalan makanan bagi orang yang berpuasa, maka ia pun akan mendapatkan pahala berpuasa.” Di antara keutamaan lainnya bagi orang yang memberi makan berbuka adalah do’a dari orang yang memakan makanan berbuka. Jika orang yang memakan makanan mendoakan si pemberi makanan, maka sungguh itu adalah do’a yang dimakbulkan. Karena memang do’a orang yang berbuka puasa adalah do’a yang mustajab. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallampernah bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak :

(1) Pemimpin yang adil,

(2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka,

(3) Do’a orang yang terdzolimi.”Ketika berbuka adalah waktu terkabulnya do’a karena ketika itu orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri.

Apalagi jika orang yang menyantap makanan tadi mendo’akan sebagaimana do’a yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam selalu amalkan, maka sungguh rizki yang kita keluarkan akan semakin barokah. Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diberi minum, beliau pun mengangkat kepalanya ke langit dan mengucapkan,

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِى وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِى

“Allahumma ath’im man ath’amanii wa asqi man asqoonii”

[Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku]

Tak lupa pula, ketika kita hendak memberi makan berbuka untuk memilih orang yang terbaik atau orang yang soleh. Carilah orang-orang yang soleh yang dapat mendo’akan kita ketika mereka berbuka. Karena ingatlah harta terbaik adalah di sisi orang yang soleh. Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengatakan pada ‘Amru bin Al ‘Ash.

يَا عَمْرُو نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ

“Wahai Amru, sebaik-baik harta adalah harta di tangan hamba yang Shalih.”

Dengan banyak berderma melalui memberi makan berbuka diiringi dengan berpuasa itulah jalan menuju surga. Dari ‘Ali, ia berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا ». فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ »

“Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya.” Lantas seorang arab baduwi berdiri sambil berkata, “Untuk siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasululullah?” Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang senantiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia tidur.” Seorang yang semangat dalam melakukan kebaikan pun berkata, “Seandainya saya memiliki kelebihan rezeki, di samping puasa, saya pun akan memberi makan berbuka. Saya tidak ingin membiarkan kesempatan tersebut berlalu begitu sahaja. Sungguh pahala melimpah seperti ini tidak akan saya sia-siakan. Mudah-mudahan Allah pun memudahkan hal ini.”

Amalan memberi makan orang berbuka puasa terutama yang susah seperti fakir miskin dan anak yatim sangat baik. Dalam dunia teknologi tanpa sempadan amalan memberi makan kepada orang berpuasa bukan sahaja terbatas di Malaysia sahaja malah kita boleh menghulurkan bantuan melampaui sempadan negara. Fadilat memberi makan orang berbuka puasa ni kalau kita tahu memanglah sangat besar sebab tu ada diantara umat Islam yang berusaha untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa setiap hari di bulan Ramadhan.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWTakan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.

Saya harapkan dengan post ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada semua pembaca dan sama-sama lah kita perbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan.

Add Comment