Apakah Bukti Kucing Anda Sebenarnya Menyayangi Anda?

Manusia menyayangi kucing. Tapi tahukah korang tanda2 kucing menyayangi kita? Adakah kita sedar? Kat sini admin akan bagitau 10 tanda kucing menyayangi kita

Mengusap dahi atau kening kat kita
Ni selalu kucing kita buat kan? Kalau lagi lama kucing tu dengan kita, makin kerap dia buat camni. Kalau korang baru amikk kucing tu, tengok laa tingkah laku dia. Kalau tetiba dia gesel, tu maknanya dia mula percaya dan sayang. Jangan pulak korang sengkeh die tetiba. Hilang percaya nanti, silap2 malam nanti dia datang geget telinga korang masa korang tidor

Duduk atau selalu tertidur dekat kita
Kadang2 kalau kita tengah lepak depan TV atau laptop mesti dia datang slow nak lepak dengan kita. Sedar2 dah tertidur pon kan? Jangan laa halau die atau kacau dia tidor. Ni pon salah satu tanda dia sayang kat kita. Nak teman kita tidap masa. Tabiat ni juga menunjukkan kita ni milik dia. Takkan membiarkan kita jauh dari dia walaupon waktu rehat dia. So otomatik korang dah ade bodyguard, si kucing!

Mengusap/menggeselkan pipi kat kita
Selalu tak korang nampak dia buat camni kat bucu meja, tepi almari atau kat rak buku? Tau tak apa maksud tu? Maksudnya dia tengah tanda kawasan laa tu. Bukan pancut2 je, gesel2 camni pon cara dia tanda kawasan. Dr. Mary Becker, seorang veterinar cakap kucing ada mengeluarkan minyak yang kita tak dapat nampak. Kucing guna minyak ni dekat pipi dia lepas tu gesel kat semua tempat strategik untuk tanda kawasan. Jadi apa maknanya die gesel kat korang? Maknanya korang tu milik dia. Xmo kongsi2 dahh

Angkat ekor/main2 ekor
Pernah dalam artikel sebelum nih saya bagitau cara kucing berkomunikasi kan? Ekor pon memainkan peranan penting. Kucing nih kalau die gembira/happy dia akan main-mainkan ekor dia. Kalau dia perlahan2 usap ekor dekat kaki atau tubuh anggota kita yang lain, tu bermaksud dia selesa dan sayang dengan kita.

Kerdipan mata dan eye contact
Dari mata turun ke hati. Haha. Kerdipan perlahan mata kucing terhadap kita menunjukkan dia percaya sepenuhnya dengan kita. Kita pon boleh buat kerdipan mata perlahan-lahan sambil pandang mata kucing nih. Kalau die respond dengan cara yang sama, korang otomatikk dah jadik cat whisper. Haha. Kalau die respond tu maksudnya dia percaya betul laa, kira macam ikatan ukhwahh tu kuat 😀 Lepas tu akalu nampak dia kerdipan mata perlahan, lepas tu pejam mata agak lama, tu menandakan dia aman dan tak takut langsung dengan keadaan sekitar semasa korang ada.

Dengkuran atau purring yang kuat
Korang jangan rasa takot atau seram kalau dengar bunyi kucing kuat berdengkur bila dia lepak kat korang. Ini jugak salah satu tabiat atau tanda kucing kita tuh tenang bila dengan kita. Kadang2 bunyi tu memang seram kalau tak biasa dengar. Sebagai cat lover kene paham dan menerima kucing memang kadang2 macam tuh. Kalau korang perasan, sume species kucing pon ade tabiat nih termasuk laa harimau. Boleh google kalau takk caye. Jangan masuk kandang harimau/sarkas lak semata-mata nak dengar bunyi tuh

Mengurut kita atau barang kita
Nampak macam kucing ni caring kat kita kan? Balik2 kerja je, baring depan TV. Datang laa dia atas belakang badan kita, urut2 badan kita. Ini maknanya dia sayang kita macam dia sayang family dia. Tabiat nih dikatakan kira macam flashback dia laa sebab tabiat ni kucing dewasa yang selalu buat dekat anak2 kucing yang kecik. Kira korang dah termasuk dalam family kucing! Relationship trust tuu

Menjilat/menggigit manja
Selalu kita nampak kucing grooming diri dia sendiri kan? Jilat2 badan sendiri. Kadang2 dekat kucing lain jugak. Ini menunjukkan jalinan hubungan kekeluargaan. Kalau dia dah ade jilat2 korang tu, jangan rasa jijik. Korang patut berbangga sebab bukan senang haiwan nak anggap orang sebagai ahli keluarga. Kucing tu memang percaya betul la maknanya. Kalau geget2 manja pon sama. Selalu kan nampak kucing bergurau2 gigit satu sama lain? Tu maksudnya dia nak ajak main laaa. Nampak tak hubungan berkasih sayang kat situ. Korang layan je dia jilat atau geget tu. Jangan pulak korang pon same jilat atau gigit deorang. Haha

Membawa hasil buruan
Ni terjadi dekat kucing inddor atau pon outdoor. Kalau macam indoor ni selalunya lipas atau cicak laa. Masa keluar bilik tidor, sedar2 ade bangkai lipas atau cicak depan pintu. Kalau outdoor punya kucing pulak, korang akan nampak bende2 lagi ganas macam tikus atau burung. Ini sebenarnya sebab kucing nak menghargai korang. Dia buat benda2 tu macam hadiah laa. Dia balas kebaikan kita dengan hadiah2 pelik tu. Nampak tak dia punya caring? Haha. Siapa2 yang geli dengan bangkai binatang tu semua nasib laa. Admin geli jugak kalau dapat bangkai tikos denga burung tu..

Sumber: Kekucing

Add Comment