Anjing Ini Telah Jatuh Cinta Dengan Kucing Jiran

Setiap individu yang memelihara anjing tidak mampu menafikan kenyataan bahawa anjing sememangnya rakan baik manusia. Selain sifatnya yang melindungi, anjing juga mempunyai gelagat comel yang pastinya akan mencairkan hati mana-mana pemilik.

Seorang pengguna Reddit telah kongsikan di media sosial tentang satu gelagat menarik anjingnya. Menurut netizen ini, setiap hari anjing peliharaannya akan merenung ke luar jendela.

Atas dasar ingin tahu tentang apa yang direnungkan oleh anjingnya itu, netizen ini turut bersama-sama melihat ke luar dan mendapati terdapat seekor kucing. Kucing itulah yang diperhatikan oleh anjingnya selama ini.

Pelik bukan? Biasanya anjing akan menyalak setiap kali melihat kucing namun tidak bagi anjing ini. Daripada menyalak atau mengeram dengan kehadiran kucing berkenaan, anjing ini sebaliknya kelihatan seperti sudah dilamun cinta dengan kucing tersebut.

Babak ini kelihatan seperti di dalam filem romantik! Si kucing yang gemar berehat di tepi tingkap sedang direnung oleh si anjing yang sudah ‘angau’ dengannya. Namun apakan daya, kedua-duanya mempunyai darjat (spesies) yang berbeza dan tidak berkesempatan untuk bertemu.

Hanya renungan sahaja dapat mendekatkan jarak cinta mereka!

Babak renung-merenung ini berlanjutan selama enam bulan sehinggalah pada suatu hari, pemilik kucing berkenaan telah membeli beberapa pokok tanaman dan meletakkannya pada tingkap yang menjadi tempat berehat kegemaran si kucing.

Hal ini membuatkan kucing ini tidak mempunyai ruang untuk berehat di tingkap berkenaan. Si anjing pula kelihatan gelisah kerana sudah tidak mampu melihat kekasih pujaan hatinya dari jauh.

Kasihan dengan anjingnya, netizen ini cuba melakukan sesuatu dengan menulis sehelai nota yang berbunyi:

Ini mungkin mengarut tetapi saya rasa awak patut tahu bahawa anjing saya sedang dilamun cinta dengan kucing awak… dan ianya telah berlanjutan selama 6 bulan!

Tiga kali sehari, anjing saya akan meletakkan kaki hadapannya pada tingkap untuk merenung kucing awak. Setelah awak meletakkan tanaman pasu di tingkap, anjing saya patah hati… tetapi tetap mencari kucing awak setiap kali.

Mungkin awak boleh pindahkan tanaman awak ke tingkap yang lain?

Daripada,

Jiran awak dan anjingnya yang angau!

Nampaknya nota tersebut disedari oleh si pemilik kucing dan dia turut menampal sehelai nota bagi membalas nota jirannya. Malah, dia turut mengalihkan semua tanaman tersebut ke tempat yang lain.

DEMI CINTA SEJATI!

Comelnya kisah ini. Mungkin selepas ini kedua-dua individu ini perlu berjumpa agar anjing dan kucing mereka dapat meneruskan hubungan percintaan ini tanpa sebarang halangan tingkap lagi!

Sumber: ERA BARU

INGINKAN KUCING ANDA JADI SADO SEPERTI KAKA KAMPIT BERAS

Image may contain: cat

Image may contain: 1 person, standing and cat

Sehingga membuatkan kucing lain menyampah dengan kesadoan kucing anda

Image may contain: cat, meme and text

Dapatkan Vitamin Kucing terbaik abad ini untuk menyado kan kucing anda sila pm saya dengan menekan link wasap.my/60136390356

Ingat PM saya untuk harga terbaik

 

Add Comment