Anjing Ini Cuba Menghalau Bayi Ini Kerana Merampas Tempat Tidurnya

“Seseorang telah tidur di atas katil saya dan tidak mahu berganjak pergi!”. Tunggu sehingga anda melihat apa anjing ini lakukan apabila seorang bayi memutuskan untuk berbaring di atas katilnya.

Ia tidak selalunya mudah untuk menentukan sama ada anjing anda bertindak cuba melindungi anda ataupun mempunyai perasaan sakit hati. Kadang-kadang ia boleh menjadi cemburu terhadap manusia, anjing yang mempunyai rasa cemburu tidak semestinya bermaksud dia akan bersikap sombong atau mengingkari. Anda harus mengetahui apa yang mengganggunya sebelum anda dapat menangani kelakuannya.

Anjing itu kelihatan tertekan setelah melihat seorang bayi memutuskan untuk baring di tempat ia selalu berehat. Ia berusaha untuk merebut tempatnya dengan mengigit tepi ketilnya, dengan menarik ke kiri dan kanan. Malah memusing-musingkan badannya, tetapi bayi itu tetap tidak berganjak keluar.

Apa yang mengejutkan saya adalah betapa lembutnya dia dengan bayi itu, jelas dia kecewa dan benar-benar tidak mahu dia di atas katilnya. Tetapi ia tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif dan itu membuatkan ia sangat lucu dan comel. Bayi itu kelihatan sedang bersenang-senang dan anjing terus berusaha untuk mengambil tempatnya kembali.

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment