Anggota Tentera Memohon Maaf Setelah Melakar Bentuk Zakar Di Langit Menggunakan Pesawat

Seorang juruterbang tentera cuba untuk berjenaka dengan rakan-rakan sepasukannya dengan melakar bentuk zakar di langit semasa menerbangkan sebuah pesawat tentera.

Berikutan tularnya insiden tersebut, juruterbang yang namanya tidak diketahui itu, telah dipanggil oleh pegawai atasannya dan kemudiannya telah meminta maaf di atas kelakuan tidak senonohnya itu.

Pihak tentera telah menyifatkan tindakan juruterbang mereka itu sebagai tidak matang dan tidak beretika selain bakal mengambil tindakan terhadap juruterbang tersebut.

Gambar-gambar yang telah dirakamkan oleh orang-orang awam itu kemudiannya telah dimuatnaik ke laman media sosial sebelum ianya menjadi tular di internet.

Walau bagaimana pun, terdapat segilintir netizen yang merasakan insiden tersebut melucukan dan tidak patut diambil serius.

Sumber: TAIKOTV

Add Comment