Anak Terkejut Jenazah Ibu Masih Utuh Walaupun Telah Berusia 12 Tahun

JOHOR BAHRU – Meskipun telah dikebumikan 12 tahun lalu, jenazah seorang wanita ini masih dalam keadaan terpelihara dan terjaga baik.

Tangannya elok terkiam, tali dan kain kafan masih utuh serta tidak reput malah jenazah tampak seperti baru dikebumikan tanpa sebarang bau tak enak.

Kejadian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Tampoi ini dikongsi salah seorang waris jenazah yang terlibat dengan proses pemindahan kubur bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

“Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak. 12 tahun mak pergi menghadap Ilahi jenazah mak masih elok, masih dalam keadaan kiam, kain kafan mak tidak terkoyak, bantal dan tali masih ada.

“Susuk badan mak jelas cukup sifat pada pandangan mata kami yang menyaksikan tadi dan tidak berbau, Maha Suci Allah,” tulis Amina Jasmine di laman Facebook sebagai menerangkan keadaan jenazah ibunya yang masih elok sempura.

Menurut Amina kesemua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan mengikut kehendak waris termasuk arwah ibunya.

“Dia wanita yang lembut, tidak suka mengata dan mencerca orang lain, mak sangat mudah mengalirkan air mata, hatinya bak tisu yang mudah terkoyak.

“Setiap cercaan orang terhadapnya mak balas dengan senyuman dan air mata, dengan suami mak bersabar. Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’ tentang hidup ini, hati ini, keinsafan ini.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak…12 Tahun mak pergi mengadap Illahi….jenazah mak elok..masih dlm keadaan…

Posted by Amina Jasmine on 13hb November 2017

“Maaf andai perkongsian ini menjadikan kalian tidak selesa tetapi jadikanlah ia sebagai iktibar dan ingatan agar kita terus berusaha membaiki hati dan amal kita. Maaf daripada saya insan yang jahil,” katanya.

Selain keadaan jenazah ibunya masih sempurna, Amina turut berkongsikan kebesaran Yang Maha Esa apabila lokasi di tanah perkuburan terbabit yang kian padat dipenuhi, masih ada ruang kosong di sebelah kubur arwah bapanya.

Ia seolah-olah menyempurnakan takdir agar jenazah ibu bapanya disemadikan bersebelahan dan bersama.

“Empat tahun lalu ayah dikebumikan di sini, sehingga hari ini tanah perkuburan Bukit Alif semakin padat dan bakal penuh dalam masa setahun dua ini.

“Tetapi Maha Suci Allah, ruang sebelah kubur ayah tetap kosong seperti memang tanah itu menanti untuk mak disemadikan di situ. Perancangan Allah tiada siapa dapat menduga, Maha Hebat, Allahuakhbar,” katanya.

Ketika proses pemindahan jenazah, Amina turut berkesempatan membawa anak-anak kerana selama ini mereka tidak berpeluang bertemu dengan nenek yang telah meninggal dunia sebelum mereka dilahirkan.

“Anak-anak tak pernah jumpa tok maknya, sengaja saya bagi mereka tengok tok mak mereka buat kali pertama dan terakhir,” tambahnya.

Perkongsian yang sarat dengan pengajaran lagi dijadikan pedoman hidup ini sehingga kini menerima lebih daripada 14,000 perkongsian daripada netizen di laman Facebook.

Sebagai umat Islam, kita wajib percaya kewujudan alam kubur, hari akhirat, syurga dan neraka. Segala yang kita lakukan di dunia ketika hiduplah bakal menjadi penentu keadaan kita di alam selepas kematian.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Add Comment